Tuesday 23 September 2014

[Video] "Saya peduli rakyat dan tidak bekerja pakai tie"...& Exco baru diumum khamis ini - Azmin

Selasa, 23 September 2014

Exco baru diumum khamis ini

Exco baru bergantung kepada perbincangan - Azmin

MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini memberitahu pelantikan atau pemecatan barisan exco tertakluk kepada perbincangan dengan exco sedia ada.

Jelas beliau perbincangan tersebut akan dilakukan petang ini sebagai memenuhi titah Sultan Selangor yang mahu pelantikan barisan exco yang baru disegerakan.

"Saya akan berbincang pada petang ini, baginda Sultan Selangor mahu ia disegerakan dan angkat sumpah exco baru akan dilakukan selepas solat Jumaat minggu ini.

"Kita mahu tumpukan segera kerja kita untuk rakyat, dua bulan krisis kita hadapi dan sudah masanya untuk kita bekerja," jelas beliau pada sidang media di kediaman ibunya petang tadi.
Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memecat lima exco iaitu Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim selaku Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram), Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman (Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin).

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong (Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar) dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi (Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi) sementara Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita meletakkan jawatan.

Azmin turut memberitahu akan turun bertemu dengan rakyat bagi mengetahui sendiri masalah yang dihadapi rakyat Selangor terutamanya dari segi kemudahan dan pembanguan.

"Saty tidak bekerja pakai tie, cukup sekadar baju berlengan pendek, saya akan turun ke setiap kampung untuk mengetahui sendiri apa masalah yang mereka hadapi.

"Dana bukan untuk kita banggakan di atas kertas tetapi ia perlu diterjemaahkan dalam program pembangunan untuk kebajikan seluruh rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Timbalan Presiden PKR yang bertemu dengan ibunya bagi mendapat restu selepas istiadat mengangkat sumpah di Istana Selangor pagi akan menjalinkan hubungan baik dengan agensi awam di peringkat negeri dan pusat bagi membentuk suasana harmoni di negeri itu.

"Pagi tadi saya sudah pun bertemu dengan Ketua Polis Selangor dan satu pertemuan rasmi akan diadakan dalam masa terdekat bagi kita bincangkan soal keselamatan di negeri ini.

"Ia termasuk juga Kementerian Kesihatan yang mana kes denggi menjadi perkara yang serius di negeri ini, kita mahu meningkatkan martabat agensi-agensi kerajaan," katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa ketika ditanya tindakan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang berkuatkuasa serta merta semalam memberitahu beliau akan mendapatkan perjelasan mengenai tindakan tersebut.

"Mengenai isu perjanjian air saya akan panggil mereka yang terlibat bagi memberi penjelasan tentang perjalanan dan kandungan perjanjian tersebut serta perbincangan sebelum ini," sambung beliau lagi. -HARAKAHDAILY 23/9/2014

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena