Sunday, 14 September 2014

[Video] PRK N01: Rintihan ROYALTI! PM tipu rakyat Kelantan, JK Khas Petroleum hanya gimik PRU13 lalu...

Ahad, 14 September 2014


VIDEO dari anak Kelantan....Kenapa Beri Wang Ehsan Itu Serupa Beri Sedekah..? Kami Anak Kelantan Bukan Nak Minta Sedekah!... Beri pula Wang Ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)... tidak kah itu pencerobohan terhadap sistem demokrasi?

Sebagai Anak Kelantan ambo menyeru Anak Kelantan baik yang berada di Kelantan atau seluruh Malaysia “Bangkitlah rakyat Kelantan dan Malaysia, Ayuh Kita Tuntut Hak Kita dari parti yang selama ini telah banyak mengkhianati bangsa sendiri dan mendiskriminasi negeri kita.

Umno khianat orang Kelantan ... Umno kata mereka lah pejuang Melayu tetapi hakikatnya mereka lah PENGKHIANAT orang melayu sebenar (KELANTAN 95% MELAYU).. Negeri dinapikan selayaknya oleh Umno kerana dendam politik...

Perjuangan bukan lah pilihan tapi ketetapan jika kita berjuang mempertahankan sesuatu, tak boleh lah pilih-pilih dari mana pihak mana...

Ayuh Kita Tuntut Hak Kita. Terokk Rapatt Jikk!!!Tuntutlah hak hasil bumi kita demi anak, cucu cicit dan generasi masa depan.

DASAR UMNO PARTI PEMBELIT PUTAR ALAM..


Fakta Asas Tuntutan ROYALTI.

FAKTA ROYALTI

560171_555275001183936_2076357076_n

552877_555284797849623_1085175362_n

tungakan

PM tipu rakyat Kelantan, Jawatankuasa Khas Petroleum gimik PRU13, kata NGO

July 27th, 2014 by Truckster Inc
r_tolak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa sebagai ‘penipu’ dan hanya cuba mengaburi mata rakyat Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Tuntutan Bayaran Tunai Petroliam bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 4 Ogos, 2012.
Ini kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu.
Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan.
Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti.
“Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13.
“Setelah PRU13 berlalu begitu lama, nasib rakyat Kelantan masih lagi tidak berubah dalam soal royalti ini walaupun Jawatankuasa Khas tersebut dibentuk,” kata Nazri.
Sehubungan itu, katanya, R mendesak kerajaan negeri Kelantan menarik diri daripada Jawatankuasa Khas itu.
Selain berjuang di mahkamah, kempen besar-besaran dibuat oleh rakyat Kelantan untuk menuntut royalti petroleum diberikan kepada negeri itu kerana terbukti telaga minyak yang digali berada di luar pantai Kelantan.
Pada 6 Julai, 2014 R menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendapatkan maklumat dan hasil pembentukan jawatankuasa tersebut.
Di dalam surat tersebut mereka menyatakan, sekiranya masih lagi tidak mendapat apa-apa maklum balas dalam tempoh yang munasabah, mereka akan berkunjung beramai-ramai sekali lagi ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
“Kami juga akan mengutuskan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sultan Muhammad ke-V bagi menyuarakan hasrat dan pandangan ini,” katanya. – 25 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena