Sunday 14 September 2014

Parti Komunis mengakui utamakan UMNO! Macai terkedu...

Ahad, 14 September 2014

Parti Komunis China (CPC) mengakui ia memberi keutamaan kepada hubungannya dengan Umno, sekali gus akan mengeratkan hubungan dua hala antara China dengan Malaysia.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pengarah Biro Pertama Jawatankuasa Pusat Jabatan Antarabangsa CPC Zhang Xuy I berkata, keutamaan itu jelas terbukti dalam hubungan cemerlang Beijing-Kuala Lumpur sejak 40 tahun lalu.

"Hubungan China dan Malaysia sangat cemerlang, malah China sifatkan Malaysia sebagai rakan utama di Asia Tenggara, dalam ASEAN (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara).

"Pemimpin dari kedua-dua negara turut meletakkan keutamaan kepada hubungan dua hala ini dengan mewujud hubungan pada peringkat tertinggi serta kerjasama dalam banyak sektor dan usaha sama," tegas beliau kepada kumpulan wartawan Malaysia yang berkunjung ke Beijing kelmarin.

Kumpulan wartawan itu menyertai Seminar Peringkat Tinggi: Pembangunan Media Baharu Malaysia anjuran CFPD dan Universiti Renmin, China dengan kerjasama CPC dan Umno.

Menurut Utusan, Seminar berkonsepkan lawatan sambil belajar itu manifestasi kerjasama rapat Umno dan CPC selepas terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China sejak 40 tahun lalu.

Zhang berkata, hubungan rapat antara CPC dan Umno merupakan asas utama kepada hubungan sangat cemerlang China-Malaysia.

"Wujud suasana saling mempercayai antara CPC dengan Umno, yang membolehkan pertukaran lawatan antara pemimpin dan pegawai dapat kerap dilakukan.

"Ini meningkatkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua parti utama, apatah lagi CPC dan Umno berkongsi kepentingan bersama terhadap melihat kemajuan di kedua-dua negara," tambah beliau.


ULASAN OMAK KAU:----
Nah!!!! Tuduh DAP sebagai parti komunis tetapi yang mendapat perhatian utama dari Parti Komunis Cina siapa?????

Kata dulang paku serpih .. kata kat orang yang langsung tidak ada kena mengena akhirnya diri sendiri yang terlampau lebih!!!!
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena