Wednesday 24 April 2013

Kenapa pihak polis memburu orang ramai...& Siapa Potong Kawat Duri - Hj Asmuni Awi Calon N23 Manjoi

Rabu, 24 April 2013
Peguam Himpunan Bersih 3.0 - Asmuni Awi Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat
Kenapa Buru Orang Di luar Dataran merdeka


Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka.  Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau.
Harakahdaily.
LAGI BENDA PELIK YANG BERLAKU SEMASA BERSIH, KALI NI TUKANG POTONG KAWAT DURI KONONNYA PESERTA BERSIH 3.0 POTONG KAWAT DURI SECARA SANTAI & SELAMBA .
Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?

Pemotong kawat duri macam profesional
KUALA LUMPUR, 29 April 2012: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.
Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.
"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD

N'N: Hebat mamat tu potong kawat duri dengan selamba dan sangat santai seolah-olah dia tahu tiada siapa yang akan kacau dia.....Siap buat kerja sorang diri lagi macam dunia dia yang punya kah3....Yang lawak lagi pihak Polis siap ada masa tangkap gambar mamat tu padahal masa tu cukup untuk tangkap & penerajang mamat yang kurang ajar potong kawat duri tu....Kalau nak berlakon pun agak2lah bro.........
Dicatat oleh Na'im Nikmat di 10:17 PM
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena