Friday 12 April 2013

Umno Perak: Conform Mesti Gaduh Ni!, Bila Dia Kata Jangan Gaduh - Zambry Kadir

Sabtu, 13 April 2013


 photo Header_zps1184082a.gif
Zambry Rayu Penyokong Jangan Gaduh Apabila Calon Diumumkan..



Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Barisan Nasional (BN) akan memberikan calon-calon terbaik di negeri itu bagi mewakili parti menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Justeru, beliau berkata rakyat Perak harus memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi parti untuk bertanding di negeri itu termasuklah calon-calon dari parti komponen. 
"Saat ini kita ingin memberikan calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional. Itu janji kita, calon seperti mana yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, calon boleh menang.

"Kita hendaklah bersatu, siapa sahaja yang dicalonkan pimpinan kita, maka itu adalah calon BN,"

katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRU-13 BN Perak, di Stadium Indera Mulia, dekat sini, malam Jumaat. 
Hadir sama timbalan pengerusinya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, bekas menteri besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha dan pimpinan tertinggi parti negeri. 

Zambry yang juga Pengerusi BN negeri berkata berkata rakyat Perak tidak patut bergaduh dan memilih calon yang mereka gemari sahaja dan untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.

"Jangan sesekali kita tolak, kita kata tak mahu orang ini...nak orang (calon)itu.
"Atas nama dan semangat Barisan Nasional kita mesti bersatu bersama-sama walau apa jua keadaan sekali pun kita tetap bersama-sama," katanya. 

Beliau turut mengingatkan rakyat Perak supaya mengimbas kembali tempoh pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri itu selama 11 bulan sebelum pentadbiran diserahkan semula kepada kerajaan BN.

"Peringatan besar kepada semua, jangan ulangi peristiwa yang sama (2008). Jangan tuan-tuan, jangan dan jangan," tegasnya.
Tambahnya, tidak seperti pembangkang, keindahan dan kehebatan BN dibuktikan apabila setiap anggota boleh berbincang dan duduk bersama-sama untuk menyelesaikan sesuatu masalah, termasuklah masalah pemilihan calon. 

Dianggarkan kira-kira enam ribu penyokong hadir pada majlis ini
Nukilan Oleh Juragan



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena