Monday, 29 April 2013

ZIAD: Cabaran Berat BN N23 Manjoi - Slogan PR 'Ini Kali Lah' Menggusarkannya....

Isnin, 29 April 2013
 MAFIABOSS MELAYU MENULIS 
PERSAIGAN INTERGRITI CALON UMNOBN ZIAD & CALON PAS ASMUNI 


Semasa ceramah kelompok untuk DUN Manjoi semalam, saya menyentuh tentang bagaimana di Ireland, PMnya boleh ditanya, diambil keterangan, disiasat dan akhirnya dihadapkan ke Tribunal Mahon. Beliau akhirnya meletakkan jawatan kerana tidak dapat membuktikan integritinya. Wang yang disiasat berjumlah IR160K, kos perbicaraan €200 juta (saya tersilap menyebut hanya 20 juta)! Ireland membayar jumlah sebesar itu untuk mempertahankan integriti.
Rakyat Malaysia juga berhak untuk memiliki sebuah kerajaan yang berintegriti, apatah lagi agama rasmi negara kita adalah Islam. PM, mana-mana menteri sepatutnya boleh disiasat dan diambil keterangan. Namun itu tidak berlaku. Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Isa Samad, sekadar dua contoh, boleh kembali ke massa, dan ada yang bertanding semula, walaupun sudah disabitkan bersalah dengan politik wang! Calon BN yang sedang disiasat SPRM pun masih boleh bertanding, dan kelompoknya menerima!
Hj Asmuni Awi Mengimamkan Solat dan Khutbah Aidhul Adha

Moral apa yang mahu kita wariskan kepada generasi anak-anak? Menjadi manusia yang kejujuran sudah tiada harga? Ini lebih menakutkan, berbanding harga kereta dan tol (yang juga penting).
 
Hj Asmuni Awi Membantu Jamaah Melaksanakan Ibadah Qurban

Jika calon BN Dun Manjoi yang juga 'dua pupu' saya, menyatakan bahawa beliau sudah tidak percayakan PAS dan kini memilih UMNO dan BN, saya berlapang dada. Itu pilihan beliau.

Persiapan Ibadah Qurban 2012 di Perkarangan Rumah Asmuni Awi
Namun apabila beliau berkata yang beliau tidak pernah berminat dengan PAS, tidak pernah menjadi ahli, selamanya hati beliau hanya untuk UMNO dan BN, saya mempersoalkan integriti beliau. Di mana hendak saya dan ratusan rakan beliau dalam PAS humbankan memori kami? Beliau dikenali oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS lebih daripada mereka mengenali saya. Maka, persaingan antara Haji Asmuni Awi dan Haji Ziad, bukan sekadar saingan antara dua calon yang mana lebih berkompetensi berbanding seorang lagi. Tetapi ia membabitkan integriti. Haji Ziad bukan sahaja mengecewakan kami semua yang selama 20 tahun bersama dalam perjuangan, malah turut mengkhianati UMNO, khususnya di Tambun dan Manjoi sendiri.
Hj Asmuni Awi Melaksanakan Tugas Secara Berjamaah
Hj Asmuni Awi Melayan Tetamu Menjamu Selera
Seperti kata Haji Asmuni Awi semalam, betapa pentingnya kita memilih di dalam jemaah yang mana kita patut berada. Biar sebaik mana pun peribadi seseorang, apabila beliau berada di dalam kumpulan yang bermasalah, akhirnya peribadi yang baik itu terheret sama.
Saya menyeru pengundi DUN Manjoi dengan dua harapan:
1. Memberikan sokongan dan undi kepada calon Pakatan Rakyat, Haji Asmuni Awi untuk DUN Manjoi, sebagai anak tempatan dan duduk di Manjoi, bersama sokongan latar belakang profesionalisme beliau, serta integritinya. Bekerja bersama-sama beliau untuk memajukan DUN Manjoi, berdasarkan acuan yang holistik, dan bukan semata-mata material kebendaan yang membelakangkan kepentingan moral dan integriti.
2. Membantu saudara saya, Haji Ziad, dengan mengalahkan beliau di dalam PRU13 akan datang, agar pengalaman pilihanraya ini membantu beliau menjernihkan kembali pandangannya supaya UMNO semasanya, dan PAS semalamnya, tidak dipertaruhkan untuk masa depan DUN Manjoi, dan Parlimen Tambun itu sendiri. Kekuatan jaringan korporat semata, bukan bekalan untuk sebuah kesejahteraan.
MOHON TAJAAN / SUMBANGAN "MENUJU PUTRAJAYA " - SILA KLIK FOTO
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena