Tuesday 16 April 2013

* Video Updated Tun Dr Mahathir Melobi Ibrahim Ali - Najib Tolak Mentah-mentah...imej "Malay cauvinist"..Tumbang Sebelum Ajalnya!

Selasa, 16 April 2013
Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN




Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber.
The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu.
“Ibrahim Ali tiada dalam senarai,” kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini.
“Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum,” kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN.
Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara.
Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN.
Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI
Ulasan GB
Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti.
UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya.
Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.
Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya. 
Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam.
Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini.
Mengenai Rais Yatim, dikhabarkan kerana kehadirannya menyusahkan Najib dan menteri kabinet lain di dalam hubungan bilateral dengan Indonesia. Setakat mana kebenaran maklumat itu belum dapat dipastikan.
Posted By Greenboc.

Kesian Ibrahim Ali.. Najib Langsung Tak Pandang.. Kahkahkah
Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada si laba-laba hutan Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia untuk mendapat by dari Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.
Zulkefli adalah timbalan presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.





Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempat dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.


.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena