DAP bela SAR tapi Umno cuba lumpuhkan
Umno-BN bukan sahaja menarik balik bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) bahkan pernah memfi tnah institusi pendidikan Islam itu sebagai tempat mengajar para muridnya menjadi pengganas.
Kerajaan Umno-BN ibarat meludah ke langit kerana ketika sibuk mendakwa Pakatan Rakyat tidak mengendahkan Islam tetapi Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 sendiri sama sekali tidak menyediakan dana kepada SAR kerana mereka cuba untuk melumpuhkan institusi itu.
Berbanding Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP yang kerap dilabel anti-Islam, belanjawan negeri tahun ini yang bertemakan “Agenda Ekonomi Saksama” menyediakan RM13.84 juta untuk membina SAR daripada jumlah keseluruhan RM46.42 juta dana memartabatkan Islam.
Malah, Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng menyatakan peruntukan tersebut turut merangkumi langkah membina masjid baru yang dilengkapi prasarana untuk kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sejak pentadbiran Pakatan Rakyat mengambil alih negeri itu mulai tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa konsisten menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam setiap tahun.
Demo LoNie
Demo Melayu
0 comments:
Post a Comment