Thursday, 1 August 2013

KOS PEMBUNUH UPAHAN jauh lebih murah: Blogger mesra UMNO meroyan dan mengamuk sakan...

Khamis, 1 Ogos 2013
"Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is coastly" - akhbar Singapura


Blogger mesra UMNO meroyan dan mengamuk sakan apabila sebuah akhbar Singapura memilih tajuk "Welcome to Malaysia where death is cheap and staying alive is coastly". Ada yang meminta kerajaan Malaysia membuat protes terhadap kerajaan Singapura kerana isu tersebut.
Secara sinisnya, berita ini bermaksud upah untuk pembunuh upahan jauh lebih murah daripada kos untuk menjamin keselamatan seseorang. Menurut dakwaan seorang penyiasat persendirian, kos pembunuh upahan untuk satu tugasan hanya sekitar 2000 dolar Singapura (RM5000) di Malaysia. 
Secara perbandingan, seorang lelaki yang terselamat daripada jenayah tembakan terpaksa membelanjakan sekitar 3200 dolar Singapura sebulan untuk mengupah pengawal keselamatan bagi menjamin keselamatan dirinya.
Walaupun kejadian pembunuhan kian menjadi-jadi di Malaysia, penyiasat persendirian yang dikenal sebagai Mr Jay memberitahu warga Singapura supaya tidak bimbang kerana pembunuh upahan ini hanya menyasarkan individu tertentu, bukannya secara rambang.-DCM
MALAYSIA AMAN : PURATA 6 KES ROGOL SEHARI, NENEK PUN TAK SELAMAT

Statistik kes rogol 1997 - 2004 - Purata 4.7 kes rogol sehari.
Tetapi sekarang telah meningkat menjadi purata 6 kes rogol sehari.
Malaysia Aman, Selamat dan Makmur ..........
Beranikah tuan-tuan melepaskan anak dara, isteri dan nenek tuan berjalan seorang diri sekarang.
Nenek kutip durian kena rogol...
BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya. Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan. "Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol. Putera Helmei




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena