1000 hilang kerja syarikat keselamatan digantung
khabarkini2.blogspot.com
Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan bersenjata yang dilakukan pengawal keselamatan di salah sebuah bank di ibu negara. Akibat daripada peristiwa tersebut syarikat kawalan keselamatan tersebut telah ditamatkan lesen oleh pihak Kementerian Dalam Negeri berkuat kuasa 31 Oktober 2013.
Saya salah seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan tersebut telah kehilangan kerja akibat tindakan KDN itu. Tidak adakah rasa belas kasihan pihak kementerian?
Sebelum ini banyak peristiwa-peristiwa seumpama yang berlaku tetapi tidaklah sampai menarik balik lesen syarikat tersebut.
Akibatnya hampir 1,000 orang telah kehilangan kerja. Bagaimana nasib kami dan apakah dosa kami.
Bukankah kementerian boleh memberi amaran terlebih dahulu dan memberi peluang?
Di dalam hal ini tidaklah patut menyalahkan pihak syarikat kami semata-mata. Memang pihak syarikat terlepas pandang isu pengambilan pekerja dan peraturan-peraturan berkaitan. Tetapi bagai mana orang asing sewenang-wenangnya memiliki IC (MyKad) palsu.
Adakah pihak KDN terlepas pandang juga ataupun mereka terlibat di dalam isu pemberian IC di sabah? Adakah pihak kami disalahkan dan dijadikan kambing hitam?
Sekarang kami terpaksa mencari pekerjaan baru di dalam keadaan barang harian yang semakin meningkat, lebih kesian kepada kawan-kawan kaum India yang akan menyambut Deepavali.
Nampaknya ‘slogan rakyat didahulukan’ hanya retorik semata-mata. Nampaknya sistem negara telah menggredkan manusia golongan atas akan dibela tapi kelas bawahan macam kami tidak akan dipandang pun. Inilah Malaysia.
-harakahdaily-
0 comments:
Post a Comment