Wednesday, 15 January 2014

Gembira & tawa di sebalik Kempen 'Buy a Brick' (Beli bata)..."Saya nak beli bata tapi saya taklah kaya"

Rabu, 15 Januari 2014

Gembira & tawa di sebalik kempen 'Beli Bata'

 Telefon berdering buat sekian kalinya dalam masa sebulan selepas kempen 'Buy a Brick' (Beli bata) dilancarkan. Suara yang kedengaran agak gementar berada di hujung talian.

"Hai, ini Lynn, yang jaga kempen beli bata..."

“OK, heo! Saya tak pasti macam mana nak cakap tapi saya ini belajar di Perak. Saya nak beli bata tapi saya taklah kaya. Saya tak ada duit tapi saya rasa saya hendak beli bata ini juga."

Saya tergamam dan tidak tahu apa yang boleh diucapkan. Pemanggil tersebut baru sahaja berusia 22 tahun.

Dia memberitahu saya yang dia belajar dan bekerja separuh masa untuk mengumpul duit bagi membeli bata, dan dia memerlukan sedikit lagi masa.

"Saya dah kumpul RM700. Awak tunggu saya, OK."

Saya berjanji untuk menunggunya. Saya meletak gagang telefon untuk menyapu linangan air mata kegembiraan yang mula bercucuran.

Peristiwa begini mengingatkan saya yang Malaysiakini bukan milik kami. Ia milik orang ramai.

Sewaktu memulakan kempen ini dengan penuh semangat, kami hanya memikirkan tentang berpindah ke tempat baru untuk membantu kami mengembangkan operasi Malaysiakini.

Namun, kami sama sekali tidak menjangka yang kempen ini memberikan kami peluang untuk memahami sentimen orang ramai terhadap Malaysia.

Kami sama sekali tidak bersedia untuk berhadapan dengan perkara ini.

Pada 15 November 2013 - hari pertama kami melancarkan kempen ini - RM22,000 dana mencurah masuk dan kami berjaya mengisi lebih 50 borang janji untuk menderma.

Hari ini kami ada lebih 600 yang tampil ke hadapan dan membantu kempen ini.

Bagaimana pun, kemilau sebenar di sebalik kempen ini terpancar dalam setiap cerita penderma yang tampil ke hadapan untuk membantu.
malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena