Juara Mimbar Pencetus Ummah
Hafiz berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
KAJANG: Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.
Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.
Hafiz berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar dan mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan.
Dia turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Rozita Che Wan (kiri), Ayu Raudhah (tengah) dan Raja Azura turut hadir menyaksikan program akhir yang berlangsung malam Khamis.
mStar
JOHAN PENCETUS MASALAH UMMAH
0 comments:
Post a Comment