Apa bezanya Najib & Nurkhatijah?
“Selagi Mak Long hidup, biarlah Mak Long bela dulu Nurkhatijah ini,” itulah ungkapan kasih sayang seorang nenek kepada cucunya, Nurkhatijah Abdullah, 7 tahun, yang kisahnya tersebar meluas di laman sosial sejak awal bulan ini.
Ketika kaki menaiki tangga yang agak gelap di Blok E, Flet Taman Dagang Fasa 2A di Ampang, hati penulis tertanya-tanya bagaimana keadaan adik Nurkhatijah tatkala bertemu dengan penulis nanti.
Ketika kaki menaiki tangga yang agak gelap di Blok E, Flet Taman Dagang Fasa 2A di Ampang, hati penulis tertanya-tanya bagaimana keadaan adik Nurkhatijah tatkala bertemu dengan penulis nanti.
(Keadaan di hadapan rumah Nurkhatijah di Flet Taman Dagang Fasa 2A di Ampang yang penuh dengan tetamu yang menziarahi adik yang membuka ruang prihatin rakyat Malaysia)
Nurkhatijah membuka ruang hati prihatin dan kasih sayang rakyat Malaysia apabila seorang insan berhati mulia menulis berkenaan kesusahan yang dialami datuknya sehingga terpaksa membayar wang yuran persekolah agamanya menggunakan duit syiling yang disimpan lama demi memberikan pendidikan terbaik kepada cucunya itu.
Sampai di rumah bernombor E-1-10 itu, kelihatan ramai lagi insan prihatin memenuhi ruang tamu rumah pangsa berkenaan yang sudah sedia sempit dengan tilam usang dan pakaian lusuh juga ada di kawasan ruang tamu itu.
Keadaan yang agak meriah memberikan sedikit cahaya kegembiraan kepada pasangan datuk dan nenek Nurkhatijah yang mungkin sudah agak lama tidak menerima tetamu yang ramai seperti itu tanpa henti sejak semalam.
Pasangan Mohd Rodzi Ariffin, 61 tahun, dan Shamsiah Yusof, 55 tahun, sudah lama memelihara cucu tunggal mereka itu yang kini sudah bersekolah dalam Darjah 1 yang sudah kehilangan ibu yang meninggal dunia dan bapanya kini dipenjarakan akibat dadah.
Ketika penulis sampai, terdapat wakil dari Persatuan bekas pelajar Sekolah Alam Shah berada di dalam rumah menziarahi keluarga itu.
Semalam dalam artikel blog zunairahghani.blogspot.com menceritakan perihal datuknya yang menerima bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM350 sebulan, namun sebenarnya datuk Nurkhatijah tidak menerima apa-apa bantuan pun selain hanya RM100 untuk persekolahan Nurkhatijah tahun ini yang diberikan kerajaan.
Menceritakan semula kisah pembayaran yuran yang berlaku pada 2 Januari lepas, Mohd Rodzi yang lebih mesra dipanggil Pak Long berkata yuran persekolahan agama cucunya di Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah di Taman Dagang keseluruhannya bernilai RM332 untuk setahun.
“Pak Long ingat sekolah agama ni tak mahal lah pembayaran.. pasal kita tak pernah ambil tahu kan.. di kampung-kampung kan sikit.. jadi Pak Long bertanya ustazah, ustazah cakap RM332, lepas itu Pak Long fikir-fikir.. Pak Long tak mampulah kalau banyak itu.
(Mohd Rodzi atau Pak Long, datuk kepada Nurkhatijah. Khatijah amat manja dengannya, ketika ini anak comel itu berbaring di riba datuknya ketika datuknya bercerita perihal dirinya kepada tetamu yang datang ke rumah mereka)
“Pak Long tahu duit syiling ada RM64, duit kertas ada dalam simpanan sekitar RM70.. jadi Pak Long terus bawa keluar duit tu bayar yang RM130 dulu, selepas itu Pak Long terus balik dan tidak ambil tahu,” katanya kepada Mynewshub.my hari ini di rumahnya.
Kisah itu tersebar selepas guru-guru di sekolah agama berkenaan mengambil gambar duit syiling berkenaan dan disebarkan dalam kalangan kawan-kawan melalui aplikasi Whatsapp, perkara itu dimaklumkan oleh Guru Besar sekolah Ar-Rahmaniah Ustaz Badrul Rizal Md Noor.
Menurut nenek Nurkhatijah pula atau lebih mesra dipanggil Mak Long cucu tunggalnya itu selalu menjadi penyeri hidup mereka berdua dan Nurkhatijah sering menjadi teman berbual dan apabila Nurkhatijah tiada ke sekolah, suasana rumah cukup sunyi.
“Dengan Mak Long, dia lawan bergaduh selalu lah, dia akan kata mak tu berleter je selalu, mulut pok pek pok pek macam bontot ayam, kalau tak ada dia rasa sunyi juga.
“Ada orang yang hendak membelanya, tetapi Mak Long kata selagi Mak Long hidup biarlah Mak Long bela dulu, adik-adik Mak Long pun ada yang hendak memelihara Nurkhatijah ni,” katanya.
(Shamsiah Yusof atau Mak Long dan Pak Long cukup disayangi oleh Nurkhatijah selepas kematian ibunya dan ayahnya kini dipenjarakan kerana masalah dadah, lihatlah betapa cerianya si comel ini)
Selain Nurkhatijah seorang lagi rakannya yang amat memerlukan bantuan ialah adik Norsyafiqah Abdul Rahim, 9 tahun, yang merupakan seorang anak yatim dengan ibunya bekerja menyara persekolahannya dalam keadaan uzur selepas diserang angin ahmar sebelum ini.
(Adik Norsyafiqah (kiri) dan Nurkhatijah (kanan) dua insan comel yang benar-benar memerlukan bantuan untuk meneruskan persekolahan mereka kerana kesusahan hidup)
Norsyafiqah dijaga oleh jirannya Hafifah Harun, 57 tahun, yang turut sama bersusah-payah sehingga tahap bertanyakan jiran jika ada pakaian sekolah yang terpakai yang boleh digunakan oleh Norsyfiqah untuk ke sekolah setiap hari. – Mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment