Monday 13 January 2014

MUFTI PERAK lebih pekak daripada FIRAUN - Husam Musa

Isnin, 13 Januari 2014
Wah... hebat rupanya Mufti ni..
PENCETUS UMMAH

Gambar: Dengan ini saya umumkan JOHAN PENCETUS MASALAH UMMAH :-

Hadiah Utama : Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen Lebih RM547.79 Bilion.

Piala Iringan : Subsidi Kepada Rakyat Ditarik 

Berserta Hamper : Kenaikan Kos Sara Hidup Yang Tinggi Pada Tahun 2014 Dan Seterusnya. 

Tahniah Diucapkan Kepada Pengundi BN.
PENCETUS MASALAH UMMAH


Bughah!


PUTRAJAYA: Rakyat perlu membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus bertindak menaikkan harga barang kerana belum masanya untuk mereka membantah.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat, tidak ada keperluan untuk melawan isu kenaikan harga barang pada waktu ini sebaliknya perlu mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sehingga tiba pilihan raya.

“Bagi saya biarkan harga barang naik sampai rakyat benci kepada kerajaan.

“Buat masa sekarang ini takkan selesaikan masalah kerana penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.

“Potong gaji pegawai kerajan tapi kos beli jet lebih mahal dari gaji yang dia potong,” katanya ketika ditemui di sini petang semalam.

Beliau bimbang jika tiba musim piihan raya kerajaan akan bertindak mengumumkan penurunan beberapa harga barangan atas alasan ‘prihatin’ dan rakyat dengan mudah akan melupakan kesan beban yang ditanggung sebelum itu.

“Kena fikir secara ‘reverse psychology’. Kalau BN nak naikkan harga barang saya alu-alukan walaupun saya sedih bagi pihak rakyat tapi dari segi pendekatan ini jalan untuk kita beri kesedaran kepada rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Salor itu turut membidas tindakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang disifatkannya lebih pekak dari Firaun kerana melabelkan peserta himpunan Turun 31 Disember sebagai penderhaka dan ‘bughah’.


“Himpunan itu nak bagi kerajaan dengar suara rakyat bukan nak tumbangkan kerajaan.

“Adakah kerajaan terlalu lemah sehingga boleh ditumbangkan dengan hanya himpunan secara aman,” soalnya.

Katanya, kenyataan itu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan mencalarkan kehormatan institusi mufti kerana terlalu tunduk dengan arahan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati Harussani supaya turut berani menegur pemimpin yang menyeleweng dan menegakkan kebenaran terhadap pemerintah.
Kedah.kini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena