Saturday 11 January 2014

Nasib Muhdalena si'-baju hitam'... Amukan Putrajaya...

Ahad, 12 Januari 2014










MUHDALENA Ahmad keluar dari Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini, selepas mahkamah memerintahkan beliau membela diri kerana terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, dua tahun lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor.

Jan 10, 2014 5:20 pm


PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan seorang wanita, Muhdalena Ahmad yang terbabit dengan kejadian amuk di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012 membela diri atas empat pertuduhan yang dihadapinya.


Hakim Mohamed Kamil Nizam membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes.

Peguam M Visvanathan yang mewakili Muhdalena, 28, memaklumkan bahawa anak guamnya akan memberi keterangan membela diri secara bersumpah serta mengemukakan empat saksi termasuk dua pakar psikiatri.
Muhdalena berdepan empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Mahkamah menetapkan 23 Februari ini untuk Muhdalena membela diri
. [sumber .]
al-brangionline;
Tengok susuk tubuh dan raut muka macam susah nak percaya......meng'amuk' nak kahwin kot atau terpedaya......teringat akan kisah 'Trajedi SAUK' seperti DI SINI.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena