[Berita Terkini]
ZAHID cedera di muka dipercayai akibat terkena serpihan peluru sesat.
Madinah Nasr, 8 Januari 2014, seorang graduan Usuluddin Al-Azhar terkena serpihan besi dipercayai percikan daripada peluru sesat. Semasa kejadian beliau dalam usaha menghantar isterinya ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Isterinya sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.
Keadaan tersebut terjadi berikutan tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman yang berkumpul di sekitar Masjid Salam, Hayyu Asyir. Walaubagaimanapun isteri beliau tidak mengalami apa-apa kecedaran.
Mangsa, 27 telah pun mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka. IKRAM Mesir telah memaklumkan pada pihak kedutaan. Semua mahasiswa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir.
Fakhrur Radzi bin Ahmad Fuad
Pengerusi IKRAM Mesir Cawangan Kaherah.
AHMAD KHOULI JEJAKA TAMPAN PEMBUNUH AL SISI
Kali ini kita jamu mata dengan berita mengenai pembunuh Al Sisi.
Gambar Pemuda yang bertanggongjawab membunuh Al Sisi telah disebarkan oleh "Gerakan Mahasiswi Anti Kudeta" dan dianggap sebagai 'Wira'.
Ahmad Khouli yang berasal dari daerah Helwan ini merupakan anggota tentera Mesir, dikhabarkan telah melepaskan tembakan kearah Al Sisi dan menyebabkan kematian. Bagaimanapun berita kematian Al Sisi tidak disebarkan kepengetahuan umum....
Sebelum ini juga dikhabarkan pembunuh Al Sisi juga telah mati akibat ditembak balas oleh Tentera Mesir namun terdapat sedikit percanggahan maklumat terkini mengatakan Ahmad Khouli masih hidup dan berada disatu tempat yang dirahsiakan...
* Ini adalah sebaran dari rakan FB, Sdr Hazman. Gua siarkan untuk membuatkan para pembenci Al Sisi kerana kezalimannya syok sekejap. Benar atau tidak masih belum ada ketetapan. Tiada berita rasmi dari KERAjaan Mesir.
Ini pula adalah berita awal yang pernah disiarkan Harakah Daily bertarikh 29 Disember 2013.
Rakyat Mesir kini tertanya-tanya kemana hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Fatah Al Sisi yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. Jeneral Fatah Al Sisi yang mengetuai rampasan kuasa menggulingkan Presiden sah Dr Morsi pada 3 julai sebelum ini sering membuat kenyataan secara lansung di televisyen Mesir, namun kemunculan nya dipertikaikan oleh banyak pihak disebabkan gambar statik dan vedeo tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.
Sehingga kini belum ada pengesahan yang sahih samaada Jeneral Fatah Al Sisi menghilangkan diri atau sudah mati, Namun Laporan berita Sky News pada 28 Disember 2013 agak mengejutkan rakyat Mesir,
Menurut laporan Sky News memetik kenyataan Tentera Britain kepada mereka bahawa Mayat Al Sisi ditempatkan di kem tentera di Iskandariah. Pakar tentera mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bagunan dalam kawasan tentera supaya boleh dizahirkan Fatah Al sisi sebagai mangsa letupan dan diistiharkan meninggal.
Posted by Hati Muda
0 comments:
Post a Comment