Monday 17 March 2014

KENAPA JET TUDM TAK PINTAS MH370?... Sejumlah besar barangan kargo buah manggis!

Isnin, 17 Mac 2014
Gambar: KAH KAH KAH

LAWAK!
Saya Benci Harga Barang Naik!
LAWAK!


20 hrs 

musim manggiskah kita sekarang ini???
hangpa nampak ka tak nie..??


Berdoalah Untuk MH370 

MH370: Sebahagian besar kargo adalah buah manggis

SEPANG 17 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata, sejumlah besar barangan kargo dibawa pesawat MH370 adalah buah manggis. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan

MH370: Keupayaan radar negara dikaji semula

SEPANG 17 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan akan melihat semula keupayaan radar negara selepas selesai ekoran insiden kehilangan pesawat MH370. - BERNAMA

BAHAGIAN 2: KENAPA JET TUDM TAK PINTAS MH370?

WAJARKAH PENJAGA RADAR DI”KAMBING HITAM”KAN SEDANGKAN MEREKA TIDAK PERNAH DI”DOKTRIN”KAN UNTUK MENGANGGAP PESAWAT KOMERSIAL SEBAGAI “POSSIBLE HOSTILE” THREAT (BERPONTENSI MENJADI PESAWAT MUSUH)”

Assalam, sebelum saya meneruskan lebih lanjut eloklah difahamkan terlebih dahulu beberapa istilah;

1. RADAR – radar adalah singkatan kepada RAdio Detection And Ranging (Pengesanan objek(arah) dan jaraknya menggunakan gelombang radio. Gelombang radio (elektromagnetic) dipancarkan dan akan terkena kepada objek/ badan kapalterbang dan pantulannya akan kembali kepada radar, masa yang diambil untuk pantulan kembali ke radar dibahagikan dengan halaju gelombang elektromagnetik maka akan terhasil jarak objek dari radar.

2. PRIMARY RADAR – adalah radar dalam bentuk asas seperti yang diterangkan di atas.

3. SECONDARY RADAR – adalah radar kedua yg lebih kecil dan dipasang bersama-sama Primary Radar. Scondary radar tidak boleh berfungsi secara sendiri sebaliknya hanya bersifat sebagai “Interrogator” (penyoal) dan memancarkan signal secara berterusan kesemua arah. Signal ini apabila sampai ke pesawat akan diproses oleh sebuah alat dipanggil IFF atau “Identification Friend or Foe” (Kenalpasti rakan atau musuh), IFF ini di “ON” kan oleh pilot dan disetkan dengan 4 digit menurut arahan Air Traffic Controller (ATC- pengawal lalulintas udara) di sesuatu kawasan. Contohnya jika pilot diarahkan meletak kod 1234 pada IFF maka pada radar akan ditunjukkan kod tersebut (skrin untuk primary dan secondary adalah sama) pada “blip” yg terhasil di skrin radar. IFF juga dihubungkan pada Altimeter (alat menunjuk ketinggian) pesawat membolehkan ketinggian pesawat juga ditunjukkan di skrin radar selain kod IFF pesawat. Terdapat beberapa kod khas untuk IFF yg digunakan di seluruh dunia seperti kod 7600 yg menunjukkan pesawat mengalami masalah radio (tidak boleh menghubungi/dihubungi) dan 7700 yg bermaksud pesawat sedang menghadapi kecemasan dan 7500 yg bermaksud pesawat telah dirampas. Apabila transponder atau IFF dalam pesawat dimatikan skrin radar akan masih menunjukkan “blip” kedudukan pesawat (detection by primary radar) namun kod IFF dan juga ketinggian pesawat akan hilang dari blip tersebut. Apabila pesawat berada di luar jarak pengesanan radar atau terbang terlalu rendah atau dilindungi oleh sesuatu, contohnya bukit atau oleh pesawat lain maka “blip” tersebut akan hilang. Kedua2 radar awam (ATC) dan radar tentera memiliki primary dan secondary radar.

4. PULSE DOPPLER RADAR – radar ini adalah radar yg lebih canggih yg biasanya digunakan oleh jet pejuang. Konsepnya masih sama seperti radar biasa cuma bezanya radar ini mengukur kadar sesuatu sasaran menghampiri atau menjauhi radar pesawat. Kelebihan radar ini iaya bukan shja memberi arah dan jarak sesuatu sasaran tetapi ia juga boleh memberi ketinggian, kelajuan dan kelakuan sesuatu sasaran (samada ia sedang menuju terus ke radar atau sedang membelok atau sedang bergerak menjauhi).

5. DOCTRINE – kamus Oxford menakrifkan Doktrin sebagai “a principle or a set of principles and beliefs held by a religious or political or other group” (prinsip atau prinsip2 yang dipegang oleh apa-apa kumpulan, atau takrif yg lebih sesuai ialah “doctrine is simply defined as "that which is taught", in other words the basis for institutional teaching of its personnel internal ways of doing business”. WAYS OF DOING BUSINESS itulah kata kuncinya ialah cara bekerja sesebuah organinasi, bagi tentera pula Doktrin akan menggariskan cara-cara untuk berperang; siapa musuh, apa strategi/taktik yang akan digunakan oleh pasukan sendiri dalam menghadapi strategi/taktik pihak musuh, bagaimana mempergunakan peralatan yg ada untuk mengalahkan pihak musuh. Doktrin ini diajar bukan sahaja dalam bentuk teori (syarahan/tulisan/dll) tetapi yang paling penting ialah amali iaitu melalui latihan-latihan ketenteraan. Orang2 awam mungkin tertanya, oleh kerana tentera dibayar gaji untuk berperang jadi apakah tugas mereka semasa aman, jawabnya ialah berlatih untuk berperang- sekiranya peperangan itu terjadi. Jadi semasa aman, kerja tentera ialah melaksanakan latihan ketenteraan, bermula dari mengajar sesorang askar menembak menggunakan raifel sehinggalah latihan besar yang melibatkan gabungan dengan negara-negara sahabat seperti yang sering dianjurkan oleh Five Power Defence Arrangement (FPDA) yg melibatkan lima negara iaitu Malaysia, Singapura, UK, New Zealand dan Australia. HQ FPDA terletak di dalam TUDM Butterworth dimana terdapat tentera dari kelima-lima negara bekerja di HQ tersebut.

KENAPA DOKTRIN BEGITU PENTING

Apabila doktrin ditanamkan kedalam pemikiran anggota tentera (melalui teori dan amali) maka apabila berlaku krisis/peperangan maka anggota tentera tidak akan kekok lagi untuk bertindak, ini kerana mereka sudah biasa melakukan tindakan-tindakan tersebut seperti yg mereka telah berulang kali lakukan di dalam latihan-latihan ketenteraan (seperti yg digariskan didalam buku doktrin). Contohnya bagi seorang Penjaga Radar, dia sudah didoktrinkan apakah yg dimaksudkan dengan krisis/peperangan itu, apakah ciri-ciri pesawat musuh yg dia mesti perhatikan agar tidak memasuki ruang udara negara, apakah yg dia mesti lakukan sekiranya pencerobohan berlaku, siapa yg perlu dia hubungi dan sebagainya (penjaga radar tiada kuasa untuk melancarkan jet pemintas. Apabila pencerobohan dikesan ada beberapa lapis pemerintahan yg perlu dilalui sebelum arahan dikeluarkan untuk jet pemintas dilancarkan).

PENYEMAKAN SEMULA KE ATAS DOKTRIN KETENTERAAN

Doktrin perlu sentiasa dikaji semula. Ini disebabkan berbagai faktor seperti pemerolehan aset-aset baru yang lebih canggih atau perubahan keatas strategi/taktik pihak sendiri/ musuh atau perubahan suasana ancaman. Doktrin biasanya lebih menekankan peperangan “conventional” atau peperangan cara lama/biasa diantara dua negara bertelagah dimana sempadan negara adalah jelas dan pihak sahabat dan musuh juga mudah dikenalpasti. Namun apabila disebut “non-conventional warfare” berbagai kemungkinan boleh berlaku antaranya ialah “guerilla warfare” iaitu peperangan gerilla dengan kumpulan tertentu yang menggunakan taktik yang berlainan dari “conventional” warfare. Malaysia berpengalaman dalam “guerilla warfare” semasa menentang pengganas komunis dalam era darurat.

PERISTIWA 9/11 DAN KESANNYA KEATAS DOKTRIN KETENTERAAN

Peristiwa 9/11 boleh dikategorikan dibawah peprangan guerila, namun terdapat perbezaan apabila senjata yang digunakan ialah pesawat komersial yang tidak pernah lagi digunakan sebelum ini. Semasa perang dunia kedua tentera jepun melaksanakan serangan “kamikaze” iaitu serangan bunuh diri dengan menjunamkan pesawat2 mereka yang dipenuhi dengan bom keatas kapal-kapal tentera Amerika, namun pesawat yg digunakan masih pesawat tentera. Semasa peristiwa 9/11 pesawat yg digunakan adalah pesawat komersial( sama jenis dengan yang dinaiki oleh berjuta-juta orang di setiap hari seluruh dunia). Selepas peristiwa 9/11 Amerika dan kebanyakan negara telah menyemak semula doktrin peperangan mereka dan memasukkan pesawat komersial sebagai salah satu “senjata” yg boleh digunakan oleh pengganas bagi mengancam keselamatan sesebuah negara. Selain itu keselamatan di lapangan terbang juga diperketatkan dan kebanyakan penerbangan juga diiringi dengan “Air Marshall” atau polis udara untuk mengelakkan pesawat dari dirampas (menurut wikipedia skrg ni terdapat sekitar 4000 Air Marshall di Amerika; MALAYSIA ADA BERAPA?!?). Pengalaman saya melalui pemeriksaan di airport Amerika beberapa tahun selepas 9/11 dimana bagasi kami diperiksa dengan begitu teliti (seorang rakan yg membawa maggi mee disoal oleh kastam tentangnya), kasut perlu dibuka (peristiwa shoe bomber- Dec 2001) dan saya melihat seorang ibu (bangsa Amerika kulit putih) disuruh meminum susu botol anaknya bagi memastikan ia benar2 susu! Kesimpulannya negara-negara barat telah menyemak semula doktrin ketenteraan mereka selepas peristiwa 9/11, persoalannya adakah negara kita melakukan perkara yang sama? Ikuti episod akan datang....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena