Wednesday 26 March 2014

Imej Satelit di Lautan Hindi: Objek 23 Meter Panjang Berwarna Merah...

Rabu, 26 Mac 2014


Pasukan penyiasat Malaysia mengumumkan imej satelit baru menunjukkan lebih 100 objek di dikesan di permukaan selatan Lautan Hindi dalam kawasan operasi pencarian.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, objek berkenaan – ada diantaranya sebesar 23 meter panjang berwarna cerah – kini sedang diteliti.

Bagaimanapun, buat masa ini belum dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berpunca daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, katanyna.

“Namun, kita berharap petunjuk baru ini akan membantu operasi pencarian,” katanya dalam sidang media dipancarkan secara langsung di TV hari ini.

Katanya, imej yang dirakam pada 23 Mac itu diterima oleh Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) dari Airbus Defence dan Space semalam.

MRSA menganalisis imej tersebut - dalam satu kawasan lautan seluasa 400 kilometer persegi - dan berjaya mengenalpasti 122 objek berpotensi. Ada di antaranya sepanjang satu meter, yang lain ada yang sepanjang 23 meter.

"Ada di antaranya kelihatan berkilat, mungkin menunjukkan objek pejal," kata Hishammuddin yang membaca satu kenyataan. Tambahnya, objek berkenaan dikesan pada kedudukan kira-kira 2,557 kilomter dari Perth.

Kesemua imej berkenaan dihantar serta merta kepada Pusat Koordinasi Penyelamat Australia di Perth semalam, katanya.

Hishamuddin berkata kesemua petunjuk itu bakal membantu pasukan penyelamat dari 26 negara yang kini menumpu perhatian di selatan Lautan Hindi itu.

"Kita sudah mempunyai empat petunjuk satelit berbeza, termasuk dari Australia, China dan Perancis yang menunjukkan kemungkinan objek. Amat penting sekarang kita cuba padankan objek itu dengan MH370.

"Ini akan membantu mengecilkan kawasan carian dan mengesan lebih banyak objek dari pesawat itu," kata beliau.

Menurut beliau lagi Australia kini mengetuai usaha mencari dan menyelamat di selatan lautan itu dan telah membahagikan kawasan pencarian kepada sektor timur dan barat.

Sementara itu Malaysia kekal menjaga koordinasi antara negara dan agensi dalam membantu usaha mencari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia. MK

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena