Thursday 27 March 2014

Timbalan Menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370: Rakyat Nak Percaya Ke Kalau Gini Punya Pusing?

Khamis, 27 Mac 2014

Photo: Setelah 2 minggu baru ada idea nak jawab..

Puas pikir.. hope sikit demi sikit TERBONGKAR cerita sebenar.

#BersangkaBaik
Timbalan menteri tarik balik kenyataan pesawat MH370 ‘turn back’ kerana arahan 
OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 27, 2014
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kenyataannya semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan hanya andaian beliau.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kenyataannya semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan hanya andaian beliau.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menarik balik kenyataan beliau di Parlimen semalam bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 berpatah balik kerana kemungkinan mendapat arahan daripada pusat kawalan dengan menyatakan ia hanyalah andaian beliau.
Beliau yang berkata demikian semasa perbahasan titah Diraja, dekat Parlimen semalam menjelaskan kenyataannya hanyalah andaian berdasarkan kemungkinan yang berlaku apabila persoalan mengapa tiada tindakan daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila mendapati pesawat tersebut berpatah balik.
"Jawapan saya pada sesi Parlimen semalam menyatakan pesawat MH370 berpatah balik berkemungkinan setelah menerima arahan daripada pusat kawalan hanyalah andaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mengakui setelah semakan dibuat, pihaknya mendapati andaian tersebut adalah salah sama sekali.
Semalam, Abdul Rahim berkata Kementerian Pertahanan tidak mengambil tindakan apabila melihat pesawat tidak dikenali di radar ‎tentera berpatah balik kerana menyangka mendapat arahan dari pusat kawalan.
"Ia memang dikesan di radar kami, tetapi pusingan-U itu dibuat oleh pesawat yang tidak merbahaya dan kami fikir boleh jadi ia adalah arahan menara kawalan.
“Pesawat yang tidak merbahaya memang melalui melalui ruang udara negara pada 8 Mac," katanya ketika membuat penggulungan perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen ketika membahas titah Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia dikritik teruk selepas mendedahkan radar tentera mengesan satu pesawat yang tidak dikenali – sekarang disahkan sebagai pesawat MH370 – tetapi tidak mengambil sebarang tindakan. – 27 Mac, 2014. 

MH370: Macam Mana Rakyat Nak Percaya Kalau Gini Punya Pusing?

Kalau nak cover TUDM pun
Biarlah logik dan akal rakyat boleh terima

Kalau berlaku di negara yang pentingkan keselamatan dan kedaulatan negara, mereka akan pintas contohnya baca di sini

Jadi kejadian tidak responsif ini menteri mana yang sepatutnya ambil tanggung jawab?
CEO MAS sudah umum akan letak jawatan......
Bagi menteri pula adakah pentingkan tanggung jawab dan maruah atau kerusi?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena