Sunday, 30 March 2014

MH370:[Video] Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik

Ahad, 30 Mac 2014

Published on Mar 30, 2014
No description available.

MH370 : Petunjuk Baru Bercanggah Dengan Maklumat Terdahulu

MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik
Gambar peta yang digunakan ketika sesi penerangan kepada ahli keluarga penumpang warga China - Sumber theepochtimes.com
Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan. - astro awani

MH370: Proses mengesan kotak hitam bermula esok

Dengan jangka hayat hanya tinggal tujuh hari operasi mengesan kotak hitam pesawat MH370 merupakan keutamaan ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia hari ini sedang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat.


Ia terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Proses mengesan kotak hitam di kawasan  pencarian di Lautan Hindi mempunyai pelbagai cabaran termasuk faktor masa berikutan bateri penyiar akan mati selain kawasan pencarian yang terlalu luas.

ADV Ocean Shield akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin bersama krew seramai sebelas orang dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.
Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena