Wednesday, 19 March 2014

MH370: Komando ATM dikerah ke kawasan Koridor Utara...Tidak menolak penyembunyian fakta oleh tentera - Pakar

Rabu, 19 Mac 2014
Gambar hiasan

Komando Dikerah, Pesawat MH370 Telah Ditemui?


KAPAL KD Selangor berlayar ke lokasi pencarian di Koridor Selatan
Kuala Lumpur: Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro/BLM

MH370: Pakar penerbangan tidak tolak penyembunyian fakta oleh tentera

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac. Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 19 Mac, 2014.

Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.

David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.
Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: "Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya," katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.
Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan.
Beliau berkata, sesetengah negara ini berkemungkinan mempunyai data penting berkenaan pesawat MH370 dan khuatir ia akan mendedahkan kekurangan dalam sistem pertahanan negara mereka yang mahal.
Jika didedahkan pesawat yang tidak dikenali terbang melalui wilayah mereka tanpa dapat dikesan, ia amat memalukan sistem pertahanan, katanya.
Kerajaan Malaysia menyeru negara seperti Turkmenistan dan sekitar Laut Kaspia untuk melihat rekod radar primer mereka bagi mengenalpasti sebarang hubungan yang tidak dikenali di ruang udara mereka selepas tujuh jam pesawat B777 itu hilang.
"Berdasarkan trek laluan sebenar pesawat, jika ia menghala ke barat laut, ia termasuk jika tidak semua, sebahagian negara ini: Thailand, Myanmar/Burma, China, Bangladesh, Bhutan, India, Nepal, Pakistan, Afghanistan, dan Turkmenistan.
"Jika pesawat melalui arah itu, sudah pasti radar tentera di salah satu negara tersebut akan menerima isyarat daripada pesawat yang tidak dikenali, dan operator radar sudah pasti akan menghantar pesawat tempur untuk memintas penceroboh," katanya, dipetik MailOnline.
Beliau berkata, tentera Malaysia jelas membiarkan pesawat tidak dikenali melalui ruang udara mereka tanpa mengambil sebarang tindakan, dan tidak mengakuinya. – 19 Mac, 2014/TMI

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,Wr,Wb,
Salam kenal sebelumnya,,,menarik sekali ulasan2 dan analisa tulisan2 diBlog saudara.
Rakyat Malaysia dan rakyat awam di rantau ini,mestinya membaca dan memahami seperti pada analisa saudara. Memang ada kuasa yang "lebih kuat", sehingga pemerintah Malaysia sepertinya memang memainkan peranan dalam skenario yang mereka buat dalam peristiwa MH370 ini.Apapun alasanya nantinya yang dijadikan pemerintah Malaysia ,tidaklah akan ada yang membenarkan dengan mengorbankan 239 nyawa manusia...Bila memang Pemerintah Malaysia "mengetahui dan ikut dalam skenario" sungguh sangat naif berarti bersekutu dengan kekuatan Syaitan(Dajjal).

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena