Simulation...
Simulation. .. practice terbang bawah radar.. landing di Diego Garsia. . Bila tanya menteri. Menteri cuba elak.
Diego Garsia
Salam satu Diego Garsia.
Desak desak!!!
Cari cari..!! Diego Diego!!!
Desak desak!!!
Cari cari..!! Diego Diego!!!
Misi SAR
Penerbang Pusat Penerbangan TNI AL dalam misi SAR gabungan internasional terhadap MH370 Malaysia Airlines yang dinyatakan hilang sejak Sabtu lalu (8/3). Selain pesawat terbang CASA C-212 Aviocar intai maritim U-621 ini, TNI AL juga megerahkan lima kapal perang. Wilayah operasi TNI AL dalam misi ini radius 225 mil laut dari Medan hingga ke wilayah perbatasan laut Selat Malaka Thailand, Malaysia dan Indonesia. (ANTARA FOTO/Septianda Perdana)
Antaranews.com
MH370: Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi!!
Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang. Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi : Satu nama yang cukup popular disebalik tragedi MH370 selain daripada seorang lagi kapten terkemuka (SEPERTI BELIAU)
Sekali lagi Kapten Nik Huzlan menjadi watak penting memberikan penerangan yang mudah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk difahami disebalik apa yang dikatakan penemuan “luar biasa” pasukan Australia mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS melalui kaca beliau sebagai orang yang cukup berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan.
Dan Datuk Kapten Nik Huzlan telah pun dipanggil sekali lagi ke TV3 untuk ditemuramah pemberita sebentar tadi tentang penilaian & keyakinan Datuk Kapten Nik Huzlan yang mana berita MH370 terkini pesawat MH370 Hilang melibatkan penemuan 2 objek yang dijumpai di kawasan perairan berdekatan Perth Australia di selatan Lautan Hindi adalah sebahagian daripada rangka pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS.
Apa kata Datuk Kapten Nik Huzlan?
“Inilah dia“
Berita Semasa ingin tegaskan di sini, ini adalah pendapat peribadi Datuk Kapten Nik Huzlan semata. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Antara beberapa aspek yang diperhalusi Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai pengumuman Perdana Menteri Australia sebentar tadi (BREAKING NEWS DISINI), terdapat beberapa “point” yang cukup menarik yang boleh dikongsikan bersama di sini. Antaranya ialah :
Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Huzlan VS Pengumuman Tony Abbot
- Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan cukup berkeyakinan di hadapan ahli parlimen Australia
- Tidak cukup lagi, disertakan pengumuman Pihak BerkuasaKeselamatan Australia (AMSA) menunjukkan bukti yang cukup spesifik termasuklah peta, koordinat dan dimensi panjang objek.
- Malahan, pengumuman dan penemuan kali ini lebih jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan terpinga-pinga & kelu seribu kata untuk bertanya lebih lanjut kerana semua persoalan yang biasa berbangkit telah pun dijelaskan terlebih dahulu
- Berdasarkan rekod, negara Australia terkenal dengan profesionalismnya. Australia yang dikenali dunia kerana memiliki pakar-pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka ini, sama sekali tidak akan memaklumkan kepada Perdana menteri Australia mereka sekiranya bukti yang dimiliki belum benar-benar kukuh.
- Penilaian Datuk Kapten Nik Huzlan diperkuatkan lagi dengan rekod akauntabiliti & kredibilit pasukan SAR AUSTRALIA amat tinggi walaupun meletakkan info “kemungkinan”
- Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesan seperti P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Lagi Perkongsian Kapten Nik Huzlan
Pemberita TV3 juga sempat bertanya persoalan berkisah tentang apakah sebenarnya objek pada bahagian pesawat tersebut? Ini antara jawapan Kapten Nik Huzlan :
- Dimensi objek 24 Meter.
- Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat (Pengimbang pesawat)
- Ini berikutan imej berbentuk persegi
- Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan
- Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat
- Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.
Walaubagaimanapun merujuk kepada perkembangan berita MH370 terkini pesawat MH370 hilang berdasarkan penemuan 2 objek di selatan Lautan Hindi, Kapten Nik Huzlan sekali lagi menegaskan ia adalah merupakan permulaan yang baik bagi operasi SAR mencari pesawat MH370 hilang yang menjadi misteri selama ini.
Dan penemuan terbaru ini, Kapten Nik Huzlan simpulkan sebagai “BAB 1 – Penemuan“. Menurut Kapten Nik Huzlan lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat MH370 hilang, kos dan siasatan tragedi MH370.
0 comments:
Post a Comment