Monday 31 March 2014

SAR MH370 Diteruskan Sampai Ditemui - Najib

Isnin, 31 Mac 2014

MH370 : Najib Suruh Cari Sampai Jumpa


KD Lekiu akan menyertai misi SAR MH370 di Lautan Hindi
                                   KD Lekiu Dijangka Tiba Di Perth Hari Ini  

Sebuah kapal frigat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekiu membawa sebuah helikopter Super Lynx yang ketika ini dalam pelayaran bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Lautan Hindi, dijangka tiba di Garden Island, Perth, Australia pada Isnin.

Panglima Angkatan Tentera (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata aset berkenaan kemudiannya akan digerakkan ke lokasi pencarian baharu kira-kira 1,100 batu nautika di barat Perth.

"Kapal sedang dalam pelayaran dengan kekuatan 159 anak kapal dan dijangka tiba hari in.

Aset ini kemudiannya akan digerakkan ke lokasi pencarian 3 April ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Eksesais Pahlawan siri 15 2014 di sini Isnin.

Katanya ketika ini dua buah pesawat C-130 digerakkan untuk menyertai misi pencarian di kawadan berkenaan dengan kekuatan 50 anak kapal dan tiba di Pangkalan Tentera Udara Australia Pearce (RAAF), Perth dua hari lepas.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, mengenai Eksesais Pahlawan, Zulkifeli berkata senario eksesais pahlawan itu dirangka dengan melibatkan situasi pencerobohan anasir asing terhadap kedaulatan negara.

Ia bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan di dalam melaksanakan tugas operasi yang dipertanggungjawabkan.

Dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX), eksesais ini melibatkan sejumlah 350 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Ia melihatkan pengemblengan aset, infrastruktur sistem dan kemudahan sedia ada bagi menyokong pelaksanaan sesuatu operasi.

- Bernama


Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat pemeriksaan sebelum berlepas ke Lautan Hindi bagi menyertai misi mencari pesawat MH370 di Pangkalan RAAF Pearce BullsBrook di Perth pada Ahad. TUDM menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 dalam misi tersebut
                            SAR MH370 Diteruskan Sampai Ditemui - Najib 

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui.

Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.

"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook pada Ahad.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang," katanya.

Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

- Bernama
IdaMan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena