Tuesday 25 March 2014

‘Kerajaan Malaysia pembunuh’ - Keluarga penumpang MH370 bertempur dengan polis Beijing

Selasa, 25 Mac 2014

Keluarga penumpang MH370 bantah ‘kerajaan Malaysia pembunuh’ di Beijing

THE MALAYSIAN INSIDER
Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters.
Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters.


Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang marah berarak ke Kedutaan Malaysia di Bejing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.

Menurut AFP, kira-kira 200 ahli keluarga, sesetengahnya menangis sambil berpimpin tangan menjeritkan slogan "Kerajaan Malaysia pembunuh" dan "Kami mahu keluarga kami semula."

Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.

Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.
Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.

Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut.

Dicatat oleh 

PANAS - Keluarga penumpang MH370 bertempur dengan polis Beijing

Pasukan paramedik cuba memberi bantuan perubatan kepada seorang wanita dipercayai keluarga penumpang MH370 yang menyertai demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Beijing kerana menuntut penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu. Gambar Reuter.

Berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut syarikat penerbangan tersebut dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku, lapor AFP.

Menurut agensi berita antarabangsa itu, ahli keluarga yang marah membaling botol air kepada polis dan membentuk rantai manusia di pagar kedutaan.

Kebanyakan peserta demonstrasi ditolak polis, menurut seorang saksi kepada AFP.

Seorang wanita pengsan di tempat kejadian.
Posted by Jeebond BLM




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena