Sunday 1 June 2014

Berkempen secara liar di Kg Bahagia, Tk Intan semuanya didalangi Tajuddin (Pasir Salak)

Ahad, 1 Jun 2014

Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa YB Teresa Kok


Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa Teresa Kok
DAP hari ini percaya tindak-tanduk Pemuda Umno yang berkempen secara liar di Kampung Bahagia, Teluk Intan semuanya didalangi oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

 Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata pemuda kedua-dua parti sebenarnya boleh duduk bersama tetapi atas hasutan itu, kata-kata kesat saling dilemparkan.

 "Saya rasa ini dihasut Pasir Salak. Timbalan menteri. Lelaki enam juta ringgit. Kita boleh bersama tanpa ada pergaduhan," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Sementara itu, keadaan yang tenang pada 3 petang di Kampung Bahagia kembali tegang apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke kawasan itu.

 Pemuda Umno melemparkan kata-kata kesat kepada Lim namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak berkecil hati dan mengalu-alukan sorakan itu.

 "Saya percaya majoriti pemimpin Umno tidak berfikiran macam ini. Ini tidak akan memberi imej baik kepada orang Melayu malah Umno sendiri.


"Jika pucuk pimpinan tahu, saya rasa mereka pun malu. Tapi nampaknya mereka hilang kawalan kerana Tajuddin ada di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Lim berkata ridak hairanlah jika Umno berdepan dengan keruntuhan moral jika sayap pemudanya bertindak liar sedemikian.

 "Kami ada standard bukan macam Tajuddin. Sebab itu Umno hadapi masalah keruntuhan moral dan etika politik," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena