Sunday 1 June 2014

Hubungan Malaysia-China mekar...Sebab tu la China berani kata PERAIRAN SABAH/SARAWAK MILIKNYA...

Ahad, 1 Iun 2014
Hubungan lebih mendalam
Najib dan Keqiang bertukar cenderamata selepas menandatangani Pernyataan Bersama sempena 40 tahun hubungan Malaysia-China, di Beijing. -Foto Khairul Ghazali

MEKAR SUNGGUH HUBUNGAN, SEBAB TU LA AGAKNYA CHINA BERANI KATA PERAIRAN SABAH/SARAWAK YG DIPENUHI TELAGA MINYAK TU ADALAH MILIKNYA(LIHAT PETA)

Hubungan Malaysia-China akan terus mekar - Najib

Hubungan Malaysia-China akan terus mekar - Najib
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Li Keqiang bertukar dokumen selepas menandatangani Pernyataan Bersama sempena 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China, di West Hall, Great Hall of the People, dewan dan tarikh sama Tun Abdul Razak Hussein dan Zhou Enlai memeterai ikatan 40 tahun lalu. - Foto Khairul Ghazali
BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin hubungan akrab Malaysia-China yang terjalin sejak 40 tahun lalu akan terus berkembang malah bertambah rapat di masa depan. 

Bercakap pada ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di sini hari ini, beliau berkata hubungan baik adalah mudah di waktu senang; namun persahabatan sebenar terjalin semasa susah. Memetik peristiwa bersejarah 40 tahun lalu, Najib berkata ayahanda beliau yang juga perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein memulakan apa yang disebut sebagai 'satu perjalanan muhibah, untuk menyemai permulaan kepada sikap saling memahami dan mempercayai.' 

"Perjalanan itu membawa beliau ke sini, ke Beijing, dan ke dewan ini. Di sinilah beliau menandatangani perjanjian dengan Perdana Menteri Zhou Enlai, secara rasmi mewujudkan hubungan diplomatik antara negara kita. Di sinilah kita memulakan babak baharu dalam hubungan kita. 

"...dan di sini hari ini saya merasakan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan, tetapi tanggungjawab kepada ayahanda saya – untuk meneruskan legasi beliau dan memastikan hubungan Malaysia-China semakin dipereratkan," katanya. 

Turut hadir pada majlis iatu ialah Perdana Menteri China Li Keqiang dan lebih 300 tetamu. 
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena