Wednesday 25 November 2015

Ini 'Cerita UG Alwi' pulak! Pak Lah bertanya Hadi macam mana dengan Nik Aziz (Tokguru)? "Kita tinggalkan Nik Aziz ( Almarhum)."

Rabu, 25 November 2015

Cerita Alwi bagaimana dia membawa Presiden Pas & Timbalan berjumpa Pak Lah di Seri Perdana

Oleh Mohd Sayuti Omar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqQnZlaRa-zvFRleujF01zrf2qBZH48sKNHgXG6kt_38tdfdzokmOj0qIAnEhkJ-ILuM3VUWSORPIe-Oxtj8bAztC9PQpaZNLxHV0qGKLPYjzFwH8hKkDELoCA1N_i3bE_6l86ZJL-JMo/s1600/11046778_324752214362198_719523594571847264_n.jpg
Hormat semua. Pagi ini tertengok dan terdengar ceramah Adun Kok Lanas sdr Md Alwi Che Ahmad dalam klik video dalam wall Hj Hashim Omar yang menceritakan macam mana dia bantu membawa Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Timbalannya ketika itu Nasharuddin Mat Isa masuk berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana.
Kata Alwi beliau membantu Pas kerana atas permintaan Pas yang ingin berjumpa dengan PM Pak Lah bagi membincangkan masalah Melayu kemudian menubuhkan kerajaan Perpaduan, dengan Pas bersama Umno.

Cerita Alwi orang yang menghubungi beliau untuk buat temu janji dengan Pak Lah ialah Salahuddin Ayub yang ketika itu Naib Presiden. Katanya dia tanya Salahuddin siapa yang suruh, jawab Salahuddin, bosnya (presiden).

Menurut Alwi, Salahuddin mintanya membantu kerana sudah lama cuba untuk jumpa PM tetapi tidak berjaya. Lalu katanya dia bagi jaminan untuk mempertemukan Hadi dengan Pak Lah demi kepentingan Islam dan Melayu. Presiden Pas dan Timbalannya itu masuk ke Putrajaya dengan menaiki kereta Volvo Alwi. Tidak disebut apakah Setiausaha Agung ketika itu Mustapa Ali ikut sama atau tidak? Boleh jadi Mustapa ditinggalkan dipintu pagar dan hanya memonitor dari jauh sahaja.

Menurut Alwi perjumpaan itu berlangsung panjang dari Asar sampai Maghrib, dan sempat berjemaah. Sebelum berjumpa Pak Lah, Hadi ditempatkan di perpustakaan di pejabat PM dijamu dengan pisang goeng dan air.

Antara butiran perjumpaan itu, Hadi mengemukakan cadangan supaya menyegerakan menubuhkan kerajaan perpaduan demi kepentingan Melayu dan Islam. Pak Lah bertanya kepada Hadi macam mana dengan Nik Aziz (Tokguru). Hadi menjawab mengikut versi Alwi itu, "kita tinggalkan Nik Aziz."

Pak Lah teralat dengan ucapan dan kata-kata Hadi itu dan mentakwilkan Nik Aziz tidak boleh ditinggalkan sebab dia Mursyidul am Pas, dan orang tua. Lantas dibalas jawab oleh Hadi, "dia tak datang mesyuarat, kalau datang pun dia tidur". Astaghafirullahadzim.

Demikian cerita Alwi dan saya berharap sangat Alwi tidak menokok tambah cerita ini, kerana tidak sampai hati saya mendengar seorang pemimpin Pas yang lain menghina dan merendahkan pemimpin yang lain. Versi ini juga diceritakan Alwi kepada saya semasa kami di Makkah tahun 2014 dan ia tidak berubah.

Dengan cerita Alwi ini, persoalan dibangkitkan Husam Musa terjawab dengan kemas, bahawa dakwaaan Husam yang kemudian cuba hendak dinafikan Mustafa Ali itu tidak perlu diperpanjangkan lagi. Alwi adalah saksi akil baligh dan cukup syarat (mukalaf) untuk diterima sebagai mengesahkan pendedahan Husam yang dianggap sebagai satu fitnah itu.

Saya hendak tegaskan di sini, dari prinsip saya, cadangan atau hasrat Haji Hadi untuk mempersatukan Pas dengan Umno itu baik atas maslahat ummah dan agama. Cuma apa yang jadi masalahnya, agenda yang baik itu dilakukan menerusi pintu belakang, tanpa dimaklumkan secara berterus terang kepada pimpinan yang lain.

Sebab itulah sesuatu niat yang baik itu kalau tidak bijaksana melaksanakannya akan gagal dan menimbul fitnah besar kemudian membawa musibah pula kepada parti dan perjuangan. Dan apa yang sedang dialami oleh Pas kini adalah kerana kelemahan tindakan pemimpin berkenaan. Walahu'alam, dan sejarah kena ditulis dengan penuh kejujuran. Trims
Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena