Sunday, 29 November 2015

'Sasaran Satu Lawan Satu' Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR.

Ahad, 29 November 2015

Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR

 | November 29, 2015
Kebersamaan semua parti dalam Pakatan Harapan dalam menyokong sasaran satu lawan satu mampu mencapai matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO-BN berakhir
khalid-samad,pas,pkr
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) membantah langkah Pas yang mahu memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa pertandingan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, Pas harus faham bahawa semua parti termasuk Amanah berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika PRU-14 nanti.
Katanya, kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana parti itu tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik Pas seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan.
“Amanah dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengingatkan agar parti-parti dalam Pakatan Harapan mempersetujui sasaran satu lawan satu dalam pertandingan merebut kerusi pada PRU-14.
Katanya, langkah itu bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman yang pernah dilalui semasa PRU-13.
“Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi, ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama.
“Akhirnya, calon UMNO-BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan,” ujarnya.
Khalid menaruh keyakinan bahawa, sekiranya sasaran satu lawan satu itu dilakukan maka matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO dan BN berakhir akan tercapai.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena