Sunday, 29 November 2015

Pilihan Raya Negeri Sarawak - Amanah optimis lahirkan ‘anak sulung’

Ahad, 29 November 2015
Amanah optimis lahirkan ‘anak sulung’ di Sarawak
 | November 29, 2015
Ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Amanah sebelum ini bertanding menggunakan tiket dari parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13).
123KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat untuk melahirkan ‘anak sulung’ nya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti itu berhasrat untuk meletakkan calonnya sendiri di dalam PRN Sarawak yang dijadual berlaku pada bila-bila masa.
Hal ini kerana, ahli-ahli Parlimen yang berada di dalam Amanah bertanding menggunakan tiket parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13).
“PRN Sarawak dijangka berlaku pada bila-bila masa. Bila diumumkan, Amanah akan cuba bertanding di Sarawak.
“Yang ada sekarang ini, orang kata anak tumpang,” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas merasmikan Wisma Amanah Negara di Jalan Ipoh pada petang Sabtu.
Namun, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mad Sabu menjelaskan bahawa sehingga kini masih belum ada sebarang perbincangan mengenai pilihan raya di Semenanjung.
“Di Semenanjung, kita belum bincang lagi. Kerana dalam tiga bulan pertama ini kita hanya tumpu soal pendaftaran ahli dalam parti,” katanya.
Mad Sabu juga menyatakan sehingga kini Amanah masih belum berbincang mengenai gesaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang menyarankan agar pertandingan satu lawan satu dan pertikaian di antara gabungan dari Pakatan Harapan (PH) itu perlu diselesaikan.
“Kita belum bincang lagi. Nanti akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat,” ujarnya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena