Monday 23 November 2015

PAS akan ambil semula kerusi yang 'dipinjamkan' kepada PKR & DAP (Ko mimpi ke)...Kerusi Amanah tak nak ke?

Isnin, 23 November 2015

PAS akan ambil semula kerusi yang 'dipinjamkan' kepada PKR, DAP pada PRU14

KUALA LUMPUR: PAS akan mengambil semula kerusi-kerusi yang 'dipinjamkan' kepada PKR dan DAP dengan meletakkan calon-calon parti itu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) meskipun menyedari pertandingan tiga penjuru akan berlaku.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata PAS tidak akan memberi laluan dan bertolak ansur terhadap sebarang perjanjian dengan komponen Pakatan Harapan sekiranya ada. Ini kerana tegas beliau, kerusi-kerusi berkenaan 'dipinjamkan' atas dasar kerjasama yang dijalinkan dalam Pakatan Rakyat dan kini gabungan itu tidak lagi wujud.

"Saya rasa pengarah pilihan raya ada buat satu kenyataan baru-baru ini bahawa PAS akan bertanding di semua kerusi yang menjadi milik PAS sebelum daripada ini. "Itu jelas satu isyarat yang telah diberikan oleh pengarah pilihan raya," katanya kepada Antarapos.

Ditanya sekiranya kedudukan PAS-PKR akan menghalang keputusan itu, Khalil mengulangi penegasannya bahawa parti sudah membuat keputusan dan tetap akan bertanding di kerusi itu. "Kita dah sebut jelas bahawa kerusi-kerusi PAS yang dipertanding sebelum daripada ini oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat sama ada PKR ataupun DAP, PAS akan ambil balik," katanya.

Isu kerusi menjadi perdebatan apabila Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu mungkin akan bertanding di lapan kerusi PAS dalam PRU14 akan datang dan sudah bersedia ke arah itu. Lapan kawasan Dewan Undangan Negeri yang menjadi sasaran parti itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

Pua berkata keputusan itu akan diputuskan selepas perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Amanah. Bagaimanapun Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata parti itu akan terus mempertahankan lapan kerusi yang ditandinginya sebelum ini di Selangor pada pilihan raya umum akan datang, walaupun DAP hendak meletakkan calon di situ.
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena