Thursday, 10 March 2016

Huyoo! Deklarasi Rakyat berkembang jadi ‘Selamatkan Malaysia’, sasar 1 juta nama & Membuka pejabat di semua peringkat negeri.

Khamis, 10 Mac 2016
Deklarasi Rakyat berkembang jadi ‘Selamatkan Malaysia’, sasar 1 juta nama 
Kumpulan yang menandatangani Deklarasi Rakyat desak pengunduran perdana menteri kini menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016.
Kumpulan yang menandatangani Deklarasi Rakyat desak pengunduran perdana menteri kini menubuhkan Gerakan Selamatkan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mac, 2016. 

Salah seorang sumber yang menghadiri mesyuarat itu berkata, pergerakan itu kini menyasarkan sejuta orang untuk menandatangani akuan menuntut peletakan jawatan Najib.
Sumber yang menghadiri mesyuarat malam tadi memberitahu The Malaysian Insider, pergerakan itu juga akan membuka pejabat di peringkat negeri.
Hampir semua 45 penandatangan deklarasi itu menyertai majlis diuruskan pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad itu kecuali Presiden Amanah Mohamad Sabu yang berada di Sarawak dan Tan Sri Muhyidin Yassin yang kurang sihat.
"Membuatkan gerakan ini berstruktur adalah satu kejayaan besar kerana ia menghimpunkan pelbagai pihak daripada pelbagai latar belakang untuk duduk bersama bagi mencapai tujuan yang sama," kata sumber yang enggan dikenali itu.
Sumber berkata, pada prinsipnya Tun Dr Mahathir adalah ketua gerakan ini namun ia belum dibincangkan secara rasmi lagi.
"Kami akan bincangkan ini di peringkat sekretariat yang ditubuhkan agar satu Majlis Pimpinan ditubuhkan dengan Tun sebagai pemimpinnya," katanya.

Pertemuan malam tadi bersetuju memilih Datuk Zaid Ibrahim, Maria Chin Abdullah daripada Bersih dan Datuk Mahfuz Omar sebagai 3 nama awal sekretariat itu dan akan ditambah lagi selepas ini.
Selain Dr Mahathir, turut memberikan pandangan malam tadi ialah Datuk Husam Musa yang melancarkan gerakan Selamatkan Malaysia buat pertama kali di Kulai, Johor.
Antara yang memberikan pandangan dalam majlis pada malam tadi ialah bekas presiden MCA Tun Ling Leong Sik, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Srevanasan, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, Adun Batu Burok Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Cynthia Gabriel daripada C4, Abdullah Sani daripada MTUC, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Bukit Katil Samsul Iskandar Mat Akin
Mereka bersetuju akan mengadakan majlis penerangan di semua negeri selain mengumpulkan tandatangan menyokong Deklarasi Selamatkan Malaysia dengan menyasarkan sejuta penandatangan. – 10 Mac, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/deklarasi-rakyat-berkembang-jadi-selamatkan-malaysia-sasar-1-juta-nama#sthash.vX6No1VC.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena