Anda saksi kan video terbaik ni...
Umnooooo haram jaaaaadaahhhhhh...
Berita terbaru....Betina puteri pun ikut jejak jibby main pecat2....
‘Ku Nan, ‘tengku palsu’ tak layak komen – Khairuddin
PETALING JAYA : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiada hak untuk membuat sebarang komen terhadap tokoh-tokoh UMNO yang menghadiri Deklarasi Rakyat.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Tengku Adnan sendiri menipu dengan menggunakan gelaran tengku palsu.
“Dengan rakyat pun dia boleh menipu dengan menggunakan gelaran palsu. Siapa dia nak cakap semua tokoh-tokoh yang menandatangani Deklarasi Rakyat sebagai kebudak-budakan
“Dialah kebudak-budakkan,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Tengku Adnan yang menempelak kumpulan pemberontak dalam UMNO dan menyifatkan mereka itu bersikap seperti kebudak-budakkan.
Khairuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan kaki bodek seperti Tengku Adnan.
“Suruh dia buka laman sosial media dan bacalah apa saja komen rakyat terhadap dia. Adnan Mansor ni hakikatnya barang kondem dah pun,” sindirnya.
Khairuddin berkata, Tengku Adnan cepat lupa sejarah bagaimana beliau mampu dilantik menjadi menteri.
“Penyangak ni cepat lupa sejarah. Dulu dialah penjilat kaki Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang utama. Manusia yang tak tahu kenang budi macam Adnan Mansor ni mesti ditolak secara total. Dia dah tidak relevan lagi.
“Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang acu karier politiknya suatu masa dulu. Naik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan ikut buntut Tun Dr Mahathir Mohamad ke hulu ke hilir pada suatu masa dulu tapi kini sekurang-kurangnya jangan lah terlalu biadap pada bekas bos dia,” katanya.
0 comments:
Post a Comment