Monday, 18 September 2017

[Video MALAYSIA DALAM BAHAYA! MAS juga dalam bahaya, Najib rancang projek guna duit Terengganu] Labur dana KWSP jangan sampai lebur.

Selasa, 19 September 2017


Labur dana KWSP jangan sampai lebur

Malaysia khabarnya berhasrat untuk melaburkan sehingga RM17 bilion dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu pembangunan insfrastruktur Amerika Syarikat.
Cadangan tersebut merupakan antara komitmen yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika, Donald Trump yang dianggap bersejarah oleh banyak pihak.
Ia dianggap bersejarah kerana Malaysia, sebuah negara membangun yang sejak tahun lalu terpaksa melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) demi menampung penyusutan pendapatan akibat kemerosotan harga minyak mahu membantu sebuah negara maju seperti Amerika.
Malaysia yang mencatatkan pendapatan per kapita US$9,096 setahun mahu membantu sebuah negara kuasa besar yang menjana pendapatan per kapita sebanyak US$54,630 setahun.
Malaysia yang membentangkan belanjawan sekitar RM260 bilion pada tahun lalu mampu untuk membantu Amerika yang belanjawan persekutuan tahunannya sekitar US$3.2 trilion dan mencatatkan keluaran dalam negara kasar sebanyak US$17 trilion.
Analisis dana KWSP
Lebih daripada itu, Malaysia mahu membantu Amerika dengan menggunakan dana KWSP yang menjadi sandaran rakyat negara ini setelah saban hari bekerja untuk menampung kehidupan selepas persaraan tatkala aktiviti menyimpan semakin berkurangan manakala kos perubatan kian melonjak dewasa ini.
Persoalannya, bagaimanakah kerajaan boleh memberikan komitmen sedemikian rupa untuk menggunakan dana KWSP tanpa keyakinan rakyat terutama para pencarum yang terpinga-pinga mengenai cadangan pelaburan berbelas bilion ringgit itu?
Soalnya, apakah Najib telah mengerahkan bahagian pelaburan agensi tersebut untuk membuat kajian atau analisis terperinci bagi mengelakkan dana pelaburan tersebut melebur begitu sahaja di AS?
Jika telah dibuat, apakah pulangan atas pelaburan (ROI) tersebut? Apakah analisis kos dan faedah untuk pelaburan tersebut mengambil kira prestasi matawang tempatan yang dijangka menyusut dalam tempoh jangka panjang dan bakal memberi kesan ke atas nilai sebenar di masa depan?
Tambahan pula, pelaburan dalam sektor infrastruktur secara relatifnya bersifat jangka panjang serta ketidaktentuan dasar Amerika dalam pembangunan infrastruktur untuk tempoh seperti itu mungkin memberi kesan negatif terhadap pelaburan tersebut.
Selain itu, apakah kos melepas (opportunity cost) yang mungkin terpaksa ditanggung jika kerajaan meneruskan pelaburan tersebut sedang banyak lagi peluang pelaburan lain yang mungkin lebih mendatangkan pulangan lebih baik.
Pematuhan syariah
Bagaimanapun dengan aspek pematuhan syariah kerana pelaburan tersebut dilakukan di sebuah negara bukan Islam yang mungkin melibatkan beberapa aspek teknikal yang mungkin melanggar hukum agama Islam.
Dan patutkah analisis tersebut sekurang-kurangnya dibentangkan atau disiarkan dalam media arus perdana milik Umno dan parti pemerintah lain bagi meyakinkan rakyat bahawa pelaburan tersebut berbaloi.
Seperti yang semua maklum, setiap pelaburan itu menjanjikan risiko dalam pelbagai saiz dan bentuk. Apakah jaminan ia tidak akan gagal dan dana KWSP terselamat atau dapat diselamatkan?
Justeru, sebelum dana KWSP yang melibatkan duit rakyat itu mahu dilaburkan, amat wajarlah jika kerajaan dapat membentangkan analisis yang lengkap bagi mengurangkan kebimbangan mengenai wang hari tua mereka itu.
Kerajaan harus ingat bahawa KWSP pernah mencatatkan kerugian lebih RM200 juta apabila menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada Ogos tahun lalu.
Pada masa yang sama, rakyat juga harus merasakan pelaburan di Amerika itu lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan dan paip air.
Ternyata, pembangunan infrastruktur di peringkat tempatan terutama di negeri-negeri di sebelah pantai serta Sabah dan Sarawak masih di bawah tahap memuaskan, selain idea seperti ini tidak pernah disebut dalam program kerajaan seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Di atas kertas, mungkin pelaburan itu tampak berbaloi tetapi kerajaan perlu memikirkan keperluan sama ada untuk meneruskan pelaburan tersebut atau sebaliknya kerana rata-rata rakyat bercakap mengenainya. – Roketkini.com
*Amran Ahmad adalah anak kepada bekas pemimpin DAP Allahyarham Ahmad Nor dan bekas pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu 
*Rencana asal telah diterbitkan di portal Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena