Thursday 14 September 2017

[Video Unsur khianat, jangan buat spekulasi kata menteri] Najib KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DIBIAR KELAPARAN & Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat.

Jumaat, 14 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.
PERTEMUAN NAJIB-TRUMP : KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DIBIAR KELAPARAN

Selepas merdeka Penduduk Malaya khasnya Bumiputera sama ada di bandar atau luar bandar kekekurangan pekerjaan. Di kalangan mereka hanya bekerja secara tradisi menjadi kuli di ladang besar ataupun bersawah dan nelayan. Kemudian kerajaan berusaha melawat ke luar negara menarik para pelabur untuk datang membuka industri di negara ini sehingga wujudlah kawasan industri seperti Bayan Lepas, Petaling Jaya, Pasir Gudang dan pelbagai tempat lain. Maka ratusan bahkan jutaan pekerjaan dapat diwujudkan.

Di zaman Tun Mahathir, beliau begitu gigih ke luar negara termasuk ke Amerika Syarikat untuk menarik pelabur khususnya dalam bidang IT sehingga wujudnya Cyberjaya. Begitu juga usahanya mengasaskan Proton, walaupun dikritik hebat namun ia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Di bawah Datuk Seri Najib apa yang berlaku adalah pelik dan terbalik. Sepatutnya Najib dan rombongan ke Amerika Syarikat mencari pelabur untuk dibawa ke Malaysia bagi mewujudkan pekerjaan. Ketika ini ratusan ribu mahasiswa dan belia bawah 40 (B40) sedang menganggur sementara kerja bawahan dibolot oleh orang asing. Namun apa yang berlaku Najib bawa wang Malaysia khususnya dari wang simpanan KWAP, KWSP untuk melabur di Amerika. Rakyat Amerika yang sudah mempunyai pekerjaan dan kaya, akan dibantu lagi oleh Perdana Menteri Malaysia. Ini satu perkara amat pelik bagaimana negara seperti Malaysia yang taraf ekonominya, perkapitanya, pendapatannya agak rendah, pergi ke Amerika untuk meyelamatkan negara kuasa besar itu.

Bagi saya, perbuatan Najib itu adalah semata-mata untuk menaikkan imejnya yang begitu tercemar di Amerika dan dunia ekoran skandal 1MDB yang dihadapinya. Malah tindakan Najib itu juga sebaliknya membawa beban yang lebih berat kepada Malaysia.

#AmanahDemiNegara

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
15 September 2017
Foto Abdul MalikIshak Bin Madihi.
Kesan kimia ditemui di kawasan bilik asrama, bomba syak khianat
Nawar Firdaws | September 14, 2017


Saksi memberitahu pihak berkuasa mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama melalui pintu kerana ada 2 silinder gas di kawasan itu.

PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin kerana perbuatan khianat.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran disebabkan litar pintas.

“Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.

“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya kepada FMT.

Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama itu melalui pintu.

“Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu,” katanya.

“Silinder itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.”

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pagi tadi berkata polis mengesyaki litar pintas punca kebakaran itu.

Namun menurut Khirudin, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke sekolah hari ini mendapati tiada tanda-tanda litar pintas atau beban lebih pada output elektrik.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada seseorang yang bekerja atau belajar di sekolah tu, beliau berkata bomba belum menyiasat kemungkinan itu.

“Kita perlu tunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan, dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.

“Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran,” katanya.

Menurut AFP, kebakaran tercetus di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dipadam dalam tempoh 1 jam tetapi kebakaran itu menyebabkan kesan bencana yang buruk.

Pegawai bomba di tempat kejadian berkata kebakaran tercetus di bilik tidur awal pagi tadi, dan bomba dari balai berhampiran berada ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit.


Kerengga.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena