Tuesday 5 September 2017

(Video "Pemimpin Pas Masih Sokong Najib" & Ampun Tuanku, Hati Rakyat Sudah Lama Luluh] SATU LAGI SUARA BERHARGA DARI ISTANA! Tabung Haji "Last min punya approval?".. HAR HAR HAR

Rabu, 6 September 2017

Foto Suara Rakyat.

WOWW!!.. Statistik angka2 jemaah haji dari Tabung Haji boleh berubah2 bertambah dan akhirnya boleh kurang balik dalam masa satu hari ??!

Angka mana satu yg boleh dipercayai keluar dari mulut Pengerusi 'Lembaga' itu..??!

TAHUKAH ANDA..

1. Dari apa yg kita lihat drpd portal berita yg pro-kerajaan, jika diamati angka2 jemaah haji yg diberikan dalam perenggan yg sama ""Mengikut laporan daripada pengurusan Tabung Haji, setakat hari ini (semalam) jemaah haji Malaysia yang berada di Arafah.." di setiap berita didapati angka2 diubah-ubah.

2. Pada mulanya angka2 tersebut bertambah dari 31,300 ke 42,200.

3. Tiba-tiba pada waktu terakhir angka tersebut 'DIEDIT' berubah berkurangan balik kpd 31,400. KENAPA TIBA-TIBA EDIT DI SAAT-SAAT AKHIR ?

4. Adakah angka 42,200 itu tidak tepat & TIDAK BENAR ?!!!

5. Adakah angka2 tersebut dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan Arab Saudi atau angka2 yg ditokok tambah oleh pihak2 tertentu ??!

6. KENAPA ANGKA 42,200 tiba-tiba boleh kurang boleh berpatah balik pada angka 31,400 ??!

7. KENAPA Tabung Haji mahupun k'jaan mengomok-omokkan angka2 yg penuh bercanggah berputar belit kpd orang ramai ??!

8. Di mana kredibiliti Tabung Haji dlm memberi satu2 data dlm sesuatu laporan yg penuh keraguan & tidak tepat utk hebahan terhadap rakyat ??!

NAMPAK TAK !!

Akan tetapi ada saja pihak2 cybertrooper Umno mengaku kononnya angka 42,200 itu adalah.. "Jumlah 42,200 adalah last min punya approval. Pada saat akhir, Raja Salman memberi kuota tambahan haji sejumlah 12,000 kepada Malaysia menjadikan total 42,200".

"last min punya approval.".. HAR HAR HAR

JIKA BENAR ANGKA 42,200 itu wujud, hingga kini tiada siapa berani nak membuktikan angka tersebut benar mahupun pengesahan/ berita dari kerajaan Arab Saudi sendiri.

SATU LAGI SUARA BERHARGA DARI ISTANA

Negara punya institusi yang lebih baik dan memiliki lebih kebebasan pada 'zaman awalnya' ketika ia dipimpin golongan penguasa yang tidak menyalahgunakan kuasa mereka, kata Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz, presiden Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas).
"Saya fikir sangat penting untuk mengenal pasti golongan elit yang menyalahgunakan instrumen dan jentera kerajaan untuk memperkaya diri mereka.


"Saya kira
 jika melihat kembali pada sejarah, saya fikir kita akan bersetuju pada zaman awalnya, ketika kita dipimpin oleh golongan elit (yang tidak berhasrat untuk memperkaya diri mereka), kita memiliki semak dan imbang yang lebih baik, kepimpinan yang lebih baik, intitusi yang lebih baik. Kita memiliki kebebasan yang lebih," kata beliau dalam dalam satu sidang demokrasi di Kuala Lumpur semalam.
Siapa Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz?
Beliau adalah anakanda kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Bermakna, satu lagi suara daripada Istana telah muncul yang jelas memperlihatkan keadaan negara ketika ini tidaklah sebaik seperti yang digembar-gemburkan oleh media propaganda.
Keadaan negara, hakikatnya bukan saja tidak diyakini akan menjadi lebih baik pada masa depan dengan kepimpinan sedia ada, malah ternyata lebih buruk jika dibandingkan dengan era-era terdahulu.
Sebelum ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah dua suara keramat dan berdaulat daripada Istana yang kerap tampil memperkatakan tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam negara.
Sesungguhnya, kemunculan suara-suara daripada Istana seperti ini adalah pedoman paling berharga buat rakyat untuk memastikan negara ini sentiasa menjadi lebih baik, lebih baik dan terus lebih baik di masa-masa hadapan.
Lalu, marilah kita bersatu mewujudkan kerajaan baru untuk masa depan Malaysia yang lebih jitu dan tidak haru-biru. (ShahbudinHusin 04/09/2017).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena