Tuesday 5 September 2017

[Video Rundingan kerusi HARAPAN, setakat ini 100 dah selesai] YESSSS, INILAH GAMBARAN PALING TEPAT! Jadi, tidak usah bimbang.

Rabu, 6 September 2017

'Rundingan kerusi HARAPAN banyak dah selesai'


Rundingan sebahagian besar agihan kerusi parlimen Pakatan Harapan sudah selesai, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Abdullah.
"Kita sedang membincangkan kerusi negeri, yang adalah peringkat kedua, rundingan. Jadi, kita sekarang berada di peringkat kedua," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kemajuan rundingan mereka.
Beliau mendedahkan bahawa Parti Warisan Sabah - yang bukan parti komponen HARAPAN - adalah juga pihak yang berunding dalam agihan kerusi di Sabah. Walau bagaimanapun, beliau enggan   mendedahkan bilangan kerusi yang berjaya diagihkan itu.
Saifuddin bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat mingguan hari ini dengan setiausaha parti-parti komponen HARAPAN.
Beliau ju
ga mengumumkan bahawa gabungan itu akan mula membentuk jawatankuasa perhubungan di peringkat parlimen, dan 100 jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan menjelang akhir bulan ini.
HARAPAN telah membentuk jawatankuasa serupa di peringkat negeri minggu lalu.
Malaysiakini.

YESSSS, INILAH GAMBARAN PALING TEPAT!!

Apa yang disebut oleh Lim Guan Eng ini mungkin merupakan keadaan sebenar yang akan berlaku dalam PRU 14 akan datang iaitu PH lawan BN dan bukannya BN, PH dan Pas saling berebut untuk menjadi pemenangnya.

Meskipun Pas akan bertanding bersendirian, tetapi mereka jelas sudah menjadi sekutu BN dan bukan bertanding untuk menang pilihanraya bagi diri mereka sendiri.

Ini juga menjadikan buat pertama kali Pas bertanding untuk memenangkan pihak lain iaitu BN. Tidak kedapatan lagi UMNO dan BN dimusuhi oleh Pas seperti sebelumnya, sebaliknya sasaran mereka ialah DAP, Amanah dan Tun Mahathir Mohamad.

Najib Razak yang sedang berkuasa dan  semakin membawa kerosakan kepada negara tidak lagi "cacat" di mata Pas.
Di atas kertas, memang nampak seperti pertandingan tiga penjuru yang berlaku, namun hakikatnya hanya pertembungan dua penjuru saja yang wujud. 

Satu untuk mengekalkan BN berkuasa dan satu lagi untuk menjadikan PH mampu mengalahkan BN dan seterusnya dapat membentuk kerajaan yang baru. Pas adalah sekutu bantuan untuk mengelakkan BN dan Najib kehilangan kuasa.

Oleh yang demikian, ada baiknya dilupakan terus polemik mengenai perlu atau tidak bekerjasama dengan Pas, sama ada oleh PH atau mana-mana parti mahu pun individu tertentu dalam gabungan tersebut.

Lupakan saja parti tersebut, sebaliknya perkuatkan kempen dan penerangan kepada rakyat dan pengundi bahawa mengundi Pas atau BN akan menghasilkan keputusan yang sama - menjadikan Najib  terus berkuasa.
Segalanya sudah terang lagi bersuluh. PH tidak harus terus meraba-raba berjalan di dalam cahaya yang sudah terang. 

Terima realiti pertandingan tiga penjuru sebagai hakikat yang tidak dapat dielakkan lagi, tetapi berusaha menukarnya menjadi pertembungan dua penjuru dengan gerak kerja bersepadu untuk meyakinkan pengundi tentang realiti sebenar yang ada di depan mata mereka.

Pengundi kini bukan lagi seperti masa lalu. Mereka tidak lagi terikat dengan penyebaran maklumat melalui akhbar atau televisyen semata-mata. 

Medium alternatif dan media sosial tidak lagi memihak kepada BN. Mereka sudah lama kecundang. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengesahkan baki yang bersama BN hanya tinggal 6.6 peratus saja, manakala selebihnya mahu menjunjung perubahan.

Jadi, tidak usah bimbang.

Lagi pula, ramai makcik Felda pun sudah ada telefon pintar ketika ini. Apa yang perlu ialah PH terus bergerak ke hadapan dan merangka strategi berterusan menukar pertandingan tiga penjuru kepada pertembungan dua penjuru sebagai kefahaman maksimum sebelum hari pembuangan undi.

Insya Allah, kemenangan akan menjadi milik kita. (ShahbudinHusin 03/09/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena