Thursday 7 September 2017

[Video Mahathir Ziarah Anwar Di RCI, Anggap Isu Warkah Boleh Selesai] RCI FOREX - TUN MAHATHIR SAH TIDAK BERSALAH? Apakah motif sebenar penubuhan Suruhanjaya Diraja BNM/Forex?

Khamis, 7 September 2017

Foto Suara Rakyat.
SIAPA MENIPU ??!

BULAN LEPAS.. bekas pembantu Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid tuduh Anwar bawanya ke Hawaii, arahkannya sembunyikan kerugian Forex sebab takut dipecat.

SEMALAM.. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengaku dia TIDAK PERNAH bagi maklumat kepada Anwar Ibrahim semasa Bank Negara kerugian RM32 bilion antara 1986 hingga 1993.

Nampak percanggahan kenyataan-kenyataan mereka?

Jadi mengapa heret Anwar & Tun Mahathir kepada Suruhanjaya Diraja BNM/Forex? Apakah motif sebenar penubuhan Suruhanjaya Diraja BNM/Forex?

Dendam kesumat Najib terhadap Tun M, DSAI atau sebaliknya ??!

#Viral #Tular

RCI FOREX - TUN MAHATHIR SAH TIDAK BERSALAH?

Sebagaimana yang diketahui umum, Nor Mohamed Yakcop adalah individu utama yang diberi tanggungjawab menjalankan urusniaga matawang asing atau forex yang mana akhirnya negara  dilaporkan mengalami kerugian sebanyak AS$10 bilion kira-kira 25 tahun yang lalu.

Ketika itu, beliau bertugas sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Perdana Menteri sewaktu berkenaan ialah Tun Mahathir Mohamad, manakala Menteri Kewangan pula adalah Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim.

Berikutan skandal 1MDB telah menjadikan Tun Mahathir sebagai musuh politik utama kepada Najib Razak, daripada mendesak pengundurannya, menubuhkan parti Bersatu dan sekarang menjadi Pengerusi Pakatan Harapan serta sedang di laluan untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang, kerajaan akhirnya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan kerugian tersebut.

Agendanya tidaklah sukar difahami - untuk meletakkan beban kesalahan yang menyebabkan kerugian itu kepada Tun Mahathir dan jika boleh kepada Anwar sekali yang sekarang ini sudah kembali bertaut hati untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang diperkatakan di seluruh dunia sebagai kleptokrasi.

Jika Najib dikaitkan dengan skandal 1MDB yang menyebabkan hutangnya mencecah RM53 bilion, secara tersiratnya Tun Mahathir juga mahu disabitkan turut ada keterlibatan dalam kerugian yang berbilion ringgit juga jumlahnya.
Semalam, Nor Mohamed Yakcop dipanggil memberi keterangan kepada RCI forex yang dipengerusikan oleh Sidek Hassan, bekas Ketua Setiausaha Negara yang kini merupakan Pengerusi Petronas.

Selepas berundur daripada Bank Negara, Nor Mohamed Yakcop dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (waktu itu Tun Mahathir), ketika era Tun Abdullah Badawi beliau menjadi Menteri Kewangan Kedua dan ketika ini sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, cabang utama pelaburan kerajaan. Pengerusi Khazanah ialah Najib sendiri.

Berikut adalah antara intipati keterangannya kepada RCI forex:-

- mengakui beliau bertanggungjawab dalam kerugian besar urusniaga forex dan sebarang urusniaga yang dilakukan serta kerugian yang dialami tidak pernah sama-sekali dimaklum atau dibincangkan dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

- perkara yang sama juga tidak pernah dibincang dan dimaklumkan dengan Anwar yang menjadi Menteri Kewangan antara 1993 hingga 1998.

- tidak menafikan kerugian forex telah berlaku dan mengakui kebertanggungjawabannya dalam perkara tersebut serta telah menerima "bahagiannya" dengan meletakkan jawatan daripada Bank Negara setelah berkhidmat selama 25 tahun.

- tugas beliau ialah melaksanakan dasar pengurusan rizab luar negara seperti yang ditentukan oleh lembaga bank pusat dan melaporkannya kepada  Gabenor ketika itu, Jaafar Hussein serta Jawatankuasa Rizab Luar berkenaan forex.

- ia tidak dilaporkan sama ada kepada Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mengenai sebarang isu rizab luar kerana ia bukan termasuk dalam garis aturan bidang tugas yang dijalankannya.

- tentang mengapa membenarkan urusniaga spekulasi mata wang, Nor Mohamed Yakcop berkata, itu adalah kerjanya dan beliau melakukannya untuk negara. 

- jika saya tidak membenarkan urusniaga spekulasi itu, saya juga akan dituduh tidak bersiap sedia lebih awal. Kita perlu belajar dari kesilapan dan Bank Negara banyak belajar daripada kesilapan saya.

- kami telah belajar daripada pengalaman pahit itu untuk kemudian merangka dasar bagi mempertahankan negara menentang serangan matawang asing dalam Krisis Kewangan Asia 1997/98 dan berjaya menyelamatkan berbilion ringgit wang negara serta mengelakkan syarikat Malaysia muflis yang boleh mengakibatkan penganggguran dan kemiskinan naik dengan mendadak.

- tindakan luar biasa yang dilakukan pada September 1998 itu difikir dan dilaksanakan adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di meja urusniaga forex yang mengalami kerugian.
Itu adalah antara intipati keterangan beliau kepada RCI forex yang mungkin menyebabkan ada orang diserang demam dan badan berpeluh dingin secara tiba-tiba. 

Hakikatnya, berdasarkan keterangan itu, kerugian urusniaga forex adalah disebabkan silap congakan, bukan disebabkan salah guna kuasa, rasuah, wang masuk dalam akaun peribadi atau sebagainya.

Yang penting juga, kesilapan  dan kerugian itu telah memberi pengalaman dan ilmu berguna untuk mengelakkan kerugian lebih besar kepada negara dalam krisis kewangan pada 1998.

Hari ini, dijangka giliran Anwar pula memberi keterangannya.

Satu soalan mudah - di mana daripada keterangan Nor Mohamed Yakcop itu yang menunjukkan Tun Mahathir terlibat atau boleh dipersalahkan dalam kerugian urusniaga forex sehingga Najib sendiri pernah membayangkan bekas Perdana Menteri itu mungkin didapati bersalah sehingga tindakannya berbaik dan sedia menonjolkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri pada masa depan didakwa kerana takut serta bimbang keterangan bekas Menteri Kewangan itu tidak menyebelahinya? (ShahbudinHusin 07/09/2017)

1 comments:

Blogger said...

GPS robot [10X increase of the deposit amount]

I just got done with a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was GREAT.

During the webinar MARK and ANTONY shared their secrets to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that IS COMING OUT TODAY!

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena