Wednesday, 6 September 2017

[Video MANA PERGINYA DUIT GST! ~ "Kembalikan Kepada Rakyat"] HENTIKAN GENOSID TERHADAP KAUM ROHINGYA & Etnik Rohingya Perlu Dibela!

Khamis, 7 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.
RAYUAN SUMBANGAN PEDULI ROHINGYA
Penindasan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya di Arakan, Myanmar tidak berkesudahan. Kini pihak berkuasa Myanmar sedang melancarkan serangan secara tidak bertamadun kepada etnik tersebut. Mereka diseksa, dirogol, hattar dibunuh serta dibakar hidup-hidup tanpa rasa bersalah.
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan orang Muslim, maka bukan dari kalangan mereka.” (Riwayat al-Tabarani (7/270)
Atas dasar kemanusiaan, suasana ini menuntut kepada kita untuk membantu mereka mengikut kemampuan yang Allah nikmatkan kepada kita khususnya di Malaysia ini.
Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Nasional dengan kerjasama Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam AMANAH meluncurkan Tabung Peduli Untukmu Rohingya sebagai ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat menyumbang bagi mengurangkan beban yang ditanggung.
Bagi yang ingin membantu dan menghulurkan sumbangan, bolehlah terus menyalurkan ke akaun Tabung Kebajikan Pemuda AMANAH (Maybank: 5628 3464 1808) dan sebarang pertanyaan hubungi 016 2017251 (Haziq).
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Foto Parti Amanah Negara.
HENTIKAN GENOSID TERHADAP KAUM ROHINGYA
1. Amat jelas bahawa pembantaian kaum Rohingya sedang dilakukan oleh junta tentera Myanmar. Ianya adalah bukti nyata bahawa pembantaian ini adalah keganasan anjuran regim Myanmar sendiri.
2. Ini memberikan gambaran bahawa bagi kerajaan Myanmar, penyelesaian terhadap persoalan berbezanya agama, bangsa, bahasa dan budaya adalah secara genosid atau pembersihan etnik.
3. Kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membela dan melindungi rakyatnya, sebaliknya menjadi institusi yang menganjur pembunuhan, penyeksaan, rogol dan pembantaian rakyat minoritinya termasuk golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua.
4. Adalah jelas bahawa sikap dan tindakan kerajaan dan tentera Myanmar perlu dikutuk dan dihentikan. Tiada alasan yang boleh diterima untuk mengharuskan kezaliman yang sebegini dahsyat. Tiada tempat bagi amalan sebegini dalam dunia bertamadun.
5. Genosid dan pembersihan etnik sekejam ini malangnya turut didalangi pimpinan Buddhist Myanmar. Ini mencemarkan imej agama Budhha yang sekian lama dilihat sebagai agama perdamaian dan kasih sayang. Adalah diharap persatuan-persatuan Buddha seluruh dunia akan bangkit bersama persatuan-persatuan Islam dan NGO antarabangsa mengutuk kezaliman ini.
6. Walaupun campur tangan dalam urusan dalaman negara jiran adalah sesuatu yang sentiasa ingin dielak, kezaliman sebegini rupa tidak boleh didiamkan begitu sahaja.
7. Sambil kerajaan Indonesia, Turki dan Iran bersuara membantahnya, sunyinya kerajaan Malaysia dalam isu ini membinggungkan kita. Ke mana perginya semangat persaudaraan Islam yang dilaung-laungkan sebelum ini?
8. Kerajaan Malaysia mesti bertindak segera menghentikannya dengan melakukan apa yang perlu, sama ada secara terbuka atau tertutup, bukan sekadar mengutuk dan membantah kezaliman yang sedang berlaku.
9. Ke arah ini, kerajaan Malaysia digesa menyelaras inisiatif negara-negara Islam, ASEAN serta dunia antarabangsa untuk mencari penyelesaian adil yang jelas tidak mampu dilakukan kerajaan Myanmar dengan sendirinya.
10. AMANAH mendesak kerajaan Myanmar untuk samada menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyatnya, khususnya kaum Rohingiya atau, sekiranya tidak mampu atau tidak sanggup, untuk membebaskan mereka dan tanah air mereka dari terus dikongkongnya. Dalam erti kata lain, berikan autonomi kepada wilayah Arakan.
KHALID ABDUL SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
6 September 2017
Foto Ustaz Ahmad Awang.
ETNIK ROHINGYA PERLU TERUS DIBELA
Sehingga saat ini kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya masih berterusan. Ratusan yang terbunuh tanpa mengira lelaki, perempuan mahupun anak-anak kecil. Mereka berterusan dibunuh saban hari, rumah dibakar dan dihalau keluar daripada kampung. Ini jelas menunjukkan kekejaman yang berlaku menunjukkan pelakunya sedikit pun tidak punya perikemanusiaan.
Kerajaan Malaysia perlu lebih kehadapan mendesak agar semua pihak yang mempunyai autoriti seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara ASEAN, negara-negara Islam OIC agar memberi desakan kepada kerajaan Myanmar supaya segera menghentikan keganasan terhadap etnik Rohingya.
Memberikan sokongan serta melahirkan simpati terhadap mereka perlu sentiasa berterusan. Islam sentiasa menjaga hak orang Islam hatta kepada yang bukan Islam. Berbeza agama bukan penghalang untuk kita sentiasa bersikap adil dan tidak menindas. Apatah lagi etnik Rohingya yang terbunuh ini majoriti adalah beragama Islam.
Sabda Rasulullah SAW:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“"Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim) “
USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum AMANAH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena