Monday 18 September 2017

[Video Kelate Kito] 'Episod tertangguh sebuah kudeta' & Tanda-tanda besar kapal UmnoBN karam.

Isnin, 18 September 2017

Tanda-tanda besar kapal BN karam...
Image result for Foto kapal karam umno

MIC dengan pemimpin tongkat langit sampai mati....
MCA dengan perpecahan besar-besaran......
UMNO pula dengan calon-calon PRK recycle dan pemimpin mereka yang korup...

Rakyat bukan tolak MIC...MCA...UMNO tapi Rakyat tolak BN sebagai wadah perjuangan meneruskan kecemerlangan negara

Rakyat mengharapkan kepimpinan dalam Pakatan Harapan meneruskan agenda negara dengan adil dan saksama...

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 80 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum 2009.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.2009
POSTED BY ANAK MUDA SHAH ALAM

'Episod tertangguh sebuah kudeta'

Terdapat cubaan menukar kerajaan di negeri Pakatan Harapan semalam dan bukan sekadar kemasukan kembali bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno?
Persoalan itu dibangkitkan Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir Mohd Ithnin dalam kenyataan media hari ini, kira-kira 24 jam selepas pengumuman Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam.
“Mempercayai bahawa presiden Umno hanya buat sidang media untuk meraikan kemasukan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah sesuatu yang naif.
“Kita percaya bahawa sidang media semalam adalah episod tertangguh sebuah cubaan kudeta, seperti yang diusahakan di Perak sebelum ini,” katanya.
Sebuah akhbar hari ini mendakwa lapan lagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sepatutnya menyertai Umno bersama Muhammad semalam, sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang.
The Malaysian Insight difahamkan kerajaan baru akan dibentuk dengan komposisi 34 ADUN, termasuk 12 ADUN Umno, 13 PAS, lapan orang ADUN PKR yang didakwa akan berpaling tadah serta bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mempunyai 56 kerusi.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada 2009 selepas wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Sin menafikan dakwaan itu.
"Kenapa lapan ADUN PKR nak sertai kapal karam Umno?
“Cerita dongeng (ini) hanya untuk tutup sidang media Najib yang memalukan semalam,” katanya.

Malaysiakini juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak lain berkaitan berkaitan dakwaan-dakwaan dalam laporan itu.
Siapa wataknya?
Dalam kenyataan hari ini, Shazni membangkitkan persoalan kenapa dakwaan perancangan itu tertangguh dan siapa sebenarnya watak-watak di belakangnya?

“Kepada dalang-dalang yang sedang berusaha keras membawa sokongan kepada kleptokrat Najib, Pemuda AMANAH cukup meyakini cubaan kudeta ini sama sekali tidak akan direstui rakyat terbanyak.
“Mandat 2013 bukan untuk dipersenda dengan menyokong MO1 (Malaysian Official 1) yang jelas khianat dan jahat.
“Usah direnggut harapan rakyat dengan tindakan bodoh yang boleh bawa bencana kepada masa depan negara,” katanya.
Semalam, sidang media khas Najib di ibu pejabat Umno mendorong pelbagai spekulasi selepas pengumuman khas akan dibuat.
Najib dikatakan mungkin mengumumkan pembubaran Parlimen atau terdapat tokoh berpengaruh pembangkang akan menyertai parti pemerintah.
Lebih-lebih lagi apabila kesemua anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno hadir dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyingkatkan lawatan rasminya ke Perlis.
Bagaimanapun, Najib kemudian hanya mengumumkan kemasukan Muhammad – yang keluar Umno empat tahun lepas dan menyertai PAS dan kemudian Umno.
Dalam tempoh itu, Muhammad tidak bergiat aktif bersama pembangkang.
    Malaysiakini.

    0 comments:

    Post a Comment

    Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
    SILA LAYARI
    Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
    PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

    Popular Posts

    © 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

    Designed by ScreenWritersArena