Thursday 7 September 2017

[Video Anwar Tak Kata Runding PAS-PKR Hingga Penamaan Calon] KENYATAAN KHALIL HADI (Ketua Pemuda PAS) BERBAUR PERKAUMAN.

Khamis, 7 September 2017

Foto Parti Amanah Negara.

KENYATAAN KHALIL HADI BERBAUR PERKAUMAN, DI MANA MATANG DAN SEJAHTERANYA POLITIK PAS
1. Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semalam bahawa undi kepada PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) adalah undi kepada DAP merupakan satu kenyataan berbaur perkauman dalam usaha PAS membantu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dan UMNO mengekalkan 'survival' politik mereka.
2. Kenyataan tersebut begitu meleset kerana perjuangan HARAPAN adalah bagi menyelamatkan negara daripada pemerintahan kleptokrasi Datuk Sri Najib Razak dan UMNO yang banyak melakukan jenayah rasuah dan salah urustadbir wang negara sehinggakan skandal-skandal korupsi berskala mega seperti 1MDB dan Felda mendapat perhatian antarabangsa.
3. Pada masa yang sama, tawaran 100 hari pemerintahan HARAPAN seperti pemansuhan GST, penyiasatan skandal 1MDB melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja dan kestabilan harga petrol serta tawaran-tawaran oleh Pemuda HARAPAN dalam isu pendidikan, pekerjaan, dan perumahan adalah objektif dan halatuju yang positif dan konkrit oleh HARAPAN dalam usaha membina semula negara bagi membebaskan rakyat daripada kezaliman dan bebanan kos sara hidup.
4. Ironinya, PAS hanya bergantung kepada sentimen perkauman dalam berhadapan Pilihan raya Umum Ke-14. Keengganan PAS untuk bersama HARAPAN untuk membentuk satu barisan bersatu (united front) adalah bukti kegagalan PAS untuk bersama-sama menyelamatkan negara.
5. Membangkitkan isu campurtangan kuasa asing terhadap usaha HARAPAN menentang korupsi terutama skandal 1MDB adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan naif tentang jenayah penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin utama negara. PAS dilihat lebih rela membiarkan kleptokrat terus berkuasa walaupun ianya bertentangan dengan Syariat.
6. Kenyataan tersebut yang menyatakan bahawa undi kepada HARAPAN adalah undi kepada DAP adalah penekanan semula kenyataan Datuk Sri Najib Razak dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2016 yang mengatakan bahawa ketuanan HARAPAN adalah DAP. Mungkinkah, persamaan fikrah antara PAS dan UMNO sekarang hasil pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya mahu menjadi penasihat merupakan suatu kemahuan dan bukan lagi kebetulan.
7. Rakyat terutama ahli dan penyokong PAS diharapkan membuka mata terhadap perubahan sikap PAS yang menjadi tongkat UMNO dan seterusnya gagal mengangkat aspirasi rakyat yang mengharapkan perubahan dalam negara. Memberi undi kepada PAS adalah memberi undi kepada UMNO yang selama ini berjuang atas nama perkauman. Memainkan sentimen perkauman bukanlah suatu sikap yang matang kerana ia tidak membawa kesejahteraan kepada negara.
Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja
FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena