Wednesday, 13 September 2017

[Video Berduyun Rakyat Kelantan Sertai Amanah & '80 peratus ahli PAS Johor lari masuk AMANAH'] Jangan gadai negara untuk bergambar dengan Trump.

Rabu, 13 September 2017


Foto Parti Amanah Negara.
Pelancaran Luaskan Harapan untuk Pakatan Harapan Negeri Johor

#HarapanJohor
#LuaskanHarapan

Jangan gadai negara untuk bergambar dengan Trump

SAYA sangat terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat (AS).
Pelaburan ini kononnya untuk "mengukuhkan ekonomi AS" tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia.
Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.
Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada IKEA untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah.
Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini.
Adalah sukar dipercayai bahawa KWSP, mengikut Najib, akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di AS.
Adakah perdana menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu AS membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden AS Donald Trump, namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergambar. – 13 September, 2017.
* Mohamed Azmin Ali ialah Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysia Insight.

1 comments:

Blogger said...

You might be eligible to get a free $200 IKEA Gift Card.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena