Thursday 7 September 2017

[Video Mukhriz pesan ahli PAS jauhi Umno] Kita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

Khamis, 7 September 2017

Kita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir

Kita hidup dalam ketakutan di negara ini, kata Dr Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata negara ini tidak lagi selamat dan rakyat hidup dalam ketakutan akibat semakin banyak berlaku insiden keganasan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 September, 2017.

NEGARA ini tidak lagi selamat dan rakyat hidup dalam ketakutan akibat semakin banyak berlaku insiden keganasan, kata Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ada orang ditembak, dibunuh dan diculik dan mereka yang menentang kerajaan akan diganggu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Jadi rakyat takut kerana mereka tidak tahu apa boleh jadi pada mereka,” katanya kepada The Malaysian Insight semalam.
“Kita tidak kata ini disebabkan oleh kerajaan, tetapi orang ditembak, dibunuh dan diculik. Negara ini tidak selamat lagi.”
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan Bloomberg mengenai dalam satu permohonan di mahkamah di Los Angeles, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata beberapa individu di “negara luar tertentu” bimbang keselamatan mereka jika bekerjasama dalam siasatan jenayah FBI terhadap syarikat pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat melancarkan siasatan jenayah terhadap dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan memohon penangguhan tuntutan saman untuk menyita lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) hartanah dan aset lain.
Bloomberg berkata saksi yang tampil memberikan maklumat memberitahu FBI mereka risau untuk “membahayakan keselamatan diri dan keluarga”.
Dalam permohonannya, FBI memetik laporan berita Malaysia di mana beberapa pegawai ditahan kerana dikatakan memainkan peranan dalam siasatan penyelewengan 1MDB.
Ia memetik pada 29 Ogos, kes tembak pemandu bekas peguam negara Malaysia Abdul Gani Patail, yang membuka siasatan awal 1MDB, sebagai kemungkinan amaran supaya tidak bekerjasama dengan AS. Dakwaan itu dinafikan oleh polis Malaysia.
Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia ada ketua polis negara yang baharu (Mohd Fuzi Harun), beliau tidak adakah polis akan melindungi mereka atau melindungi individu tertentu dalam kerajaan.
“Kalau pemandu bekas peguam negara pun boleh ditembak dan orang terbunuh macam itu saja, dan sampai sekarang kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.
“Orang akan secara semula jadi rasa tidak selamat dalam negara ini dan mereka tahu jika menentang kerajaan anda akan diganggu oleh LHDN dan semua itu. Benar, ada rasa ketakutan dalam kalangan rakyat di Malaysia.”
Pejabat tiga anak lelaki Dr Mahathir – Mokhzani, Mukhriz dan Mirzan – diserbu LHDN awal bulan lalu.
Pemimpin pembangkang mempertikaikan serbuan itu dan bertanya adakah ia sebagai balasan terhadap Dr Mahathir kerana cuba menjatuhkan pentadbiran Najib Razak.
Dr Mahathir berkata jika orang luar berminat (dalam kes 1MDB), mereka dialu-alukan berbuat demikian terutama jika jenayah itu berlaku di negara mereka bukan di sini.
“Pengubahan wang haram itu membabitkan undang-undang Amerika dan bukan undang-undang kita. Mereka dialu-alukan untuk ambil tindakan, tetapi sudah tentu ia mengambil masa
“Tetapi di sini, rakyat negara ini tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Najib yang juga bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB menafikan sebarang salah laku dan peguam negara sendiri membebaskannya daripada sebarang pembabitan dalam kerugian berbilion ringgit syarikat pelaburan negara itu. – 7 September, 2017.
  • KOMEN

  • Betul Tun M. Demokrasi terkubur bila rakyat tidak lagi bebas bersuara. Gangsta sudah menjadi budaya org nak terus berkuasa. Rakyat teris ditindas, disuap dgn maklumat basi, tiada makna. Rakyat makin susah setiap hari. Dulu zaman Tun gaji cukup memadai, kini hidup dibebani hutang dan hati susah mengenang nasib masa depan anak, cucu, cicit
    Pos 7 jam yang lalu Oleh Jimmy Jimmy · Balas
  • Bila PM sanggup tipu wanita tunggal dan kanak-kanak, bila menteri adalah gangster, bukan hanya ketakutan, tapi kekotoran, kejijikan, tidak halal pun - tapi dihalalkan PAS Hadi.
    Pos 4 jam yang lalu Oleh Bigjoe Lam · Balas
 The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena