Tuesday 19 September 2017

[Video RCI forex tolak gesaan ambil tindakan terhadap JASA] AMANAH sokong DBKL tolak permohonan pesta arak & Pas benci DAP bukan hujah tapi helah, kata MP AMANAH.

Rabu, 20 September 2017



Foto Parti Amanah Negara.
MENYOKONG PEMBATALAN PERMOHONAN PENGANJURAN BETTER BEER FESTIVAL 2017

1. DBKL sudah menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara yg dijadual pada 6 - 7 Okt 2017. Atas pelbagai premis, haram dari sudut Islam, sensitif dari sudut sosial, mudarat dari sudut kesihatan, juga tidak selari dgn ruh kedudukan Islam selaku agama persekutuan, semua pihak menyambut baik dan menyokong penuh keputusan itu.

2. Sewajarnya festival sebegitu tidak dianjurkan lagi pada masa akan datang oleh mana-mana pihak. Bantahan yg dikemukakan oleh pelbagai pihak, bukan saja untuk kali ini, tetapi untuk acara yg sama dua kali sebelum ini membuktikan secara jelas rakyat negara ini menolak penganjuran acara negatif sebegitu.

3. Semua peraturan yang ada di bawah bidangkuasa pihak berkuasa tempatan, atau enakmen yg terpakai di peringkat negeri perlu dikuatkuasakan untuk memastikan acara sebegini tidak berlangsung lagi pada masa akan datang. Alasan-alasan yg dikemukakan oleh pelbagai pihak sudah cukup untuk membuka mata penganjur bahawa acara negatif itu ditolak oleh segenap lapisan rakyat secara tegas.

4. Pada masa yg sama, masyarakat perlu dididik dan disedarkan tentang mudarat arak (alkohol) dari pelbagai sudut. Ketagihan alkohol juga bukanlah sesuatu yg baik utk proses pembinaan sebuah negara madani. Tentulah tindakan mencegah lebih baik daripada merawat, apatah lagi apabila ia sudah sampai ke tahap kronik.

5. Para pemimpin politik pula, sama ada pihak yg memandang penganjuran acara ini dari sudut keluasan ruang demokrasi, atau yang melihatnya dari sudut kerosakan moral, seharusnya lebih berhemat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengundang keresahan umum dengan isu-isu sensitif sebegini. Isu-isu sensitif sebegini memerlukan kehemahan bertahap tinggi utk ditangani supaya tidak menatijahkan implikasi buruk yg lebih besar.

6. Marilah kita memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki negara ini daripada terus berdepan dgn pelbagai kerosakan hasil bikinan tangan pemimpin Umno/BN. Momentum gerakan rakyat untuk menolak Umno/BN dalam PRU akan datang tidak wajar direncatkan dengan pelbagai isu-isu yg bersifat provokasi bertujuan memberi nafas kepada Umno/BN utk menyambung hayat kuasanya yg semakin nazak.

7. Sekalung tahniah kepada DBKL dan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat Malaysia yg bersuara membantah festival arak berkenaan. Negara ini milik kita, dan kitalah pencorak masa depannya.

ZOLKHARNAIN ABIDIN
Pengarah Hal Ehwal Syariah,
Parti Amanah Negara.
19 Sept 2017

Pas benci DAP bukan hujah tapi helah, kata MP AMANAH

Seorang ahli Parlimen AMANAH menganggap Pas tiada hujah yang tepat mengapa parti itu membenci DAP tetapi hanyalah berhelah.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin berkata, sedangkan Pas selalu menggunakan dalil “hilfu-al-fudul” yang bermaksud kerjasama antara orang-orang Arab jahiliah bukan Islam menentang kezaliman yang dilakukan oleh musuh yang sama.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, jika kerjasama seperti itu wujud lagi selepas nubuwwah (kenabian) nescaya Baginda S.A.W akan menyokong.
“Benar DAP ramai orang bukan Islam tapi mereka konsisten tak suka dan lawan kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pembaziran, perkauman sempit dan mahukan pemerintahan yang bersih dan baik, telus, bertanggungjawab, tak membazir, tolong rakyat dan lain-lain.
“Jadi di mana salahnya Amanah jika ia bekerjasama dengan DAP?” tulisnya di Facebook.
Beliau berkata demikian menjawab hujah mengenai tidak salah Pas berkawan dengan Umno yang sama Melayu dan Islam jika AMANAH boleh berbaik-baik dengan DAP yang bukan Melayu Islam.
Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu juga berkata, bukan soal Umno Melayu atau Islam, tetapi isunya apa yang mereka sedang dan telah lakukan.
“Saya kata Islam tentang kezaliman, salah guna kuasa, curi harta rakyat, pembaziran atau berjuang atas nama bangsa tak kiralah seseorang itu Melayu atau Islam sekalipun.
“Takkanlah parti suci (Pas) tak nampak apa yang Umno-BN telah lakukan dalam negara ini seperti isu wang rakyat lesap dalam skala yang amat besar dalam isu IMDB dan saman DOJ, isu cukai GST yang bebankan rakyat, luluskan banyak akta zalim seperti Sosma, Pota, Poca atau MKN, MAS rugi berbilion ringgit dan tak ada seorang pun yang kena dakwa sebaliknya pekerja MAS yang jadi mangsa kena buang kerja, isu FGV dan banyak lagi,” katanya.
Beliau berkata, jika Pas berpendapat tidak salah berbaik dengan Umno meskipun mereka zalim, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya hanya kerana mereka Melayu Islam, Pas telah menyokong fahaman asabiyah.
“Tidakkah itu fahaman asabiyah (nationalisme) yang selama ini parti suci lawan habis-habisan dan pernah angkat tema “menggempur pemikiran asabiyah” dalam muktamar?
“Bukankah Presiden parti suci antara yang selalu baca hadis melarang kita mengajak, berjuang dan mati dalam asabiyah dan asabiyahitu adalah “an tu’ina qaumaka ‘ala al-dzulmi” (“kamu menolong bangsa kamu di atas kezaliiman”) maknanya walaupun zalim kita kena sokong sebab dia Melayu,” katanya.




1 comments:

Blogger said...

GPS robot [10X increase of the deposit sum]

I just finished a webinar with Mark and his partner, Antony, two days ago and it was GREAT.

During the webinar MARK and ANTONY shared their tips to success and answered questions about their new version of the GPS Forex Robot that IS COMING OUT TODAY!

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena