Sunday 7 April 2019

[Video LAWAK Syamsul Debat PAU 2017] Menteri 'sial' kasi pemimpin Umno masuk TV hasut rakyat lawan kerajaan PH..Kita kat bawah sakit kepala dok fikir nak lawan pembangkang & Bilamana TH mencatat kerugian era Umno dan PAS puas hati? 'Kisah sedih TH' Jebon bernama Mujahid lebih rela diri dikeji! Hmm..

Isnin, 8 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
Kita kat bawah sakit kepala dok fikir nak lawan pembangkang..Menteri sial kasi pemimpin Umno masuk TV hasut rakyat lawan kerajaan PH.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Faham ke tidak? Guna duit penyimpan untuk diberi kepada penyimpan lain. Kerana? Kerana TH mencatat kerugian. Dan PAS puas hati? Hmm..
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan teks
Teguh bersama Azeez...
Ana Tahu
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Ana Tahu 
Ustaz parti ana ni suka cerita bab alam kubur, tapi lebih suka ambik hibah yang meragukan daripada hibah yang lebih meyakinkan. Kalau hukum halal haram pun Ustaz parti ana tolak ketepi kerana nak hibah tinggi, elok lah ustaz teruskan main forex ustaz tu.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Antara ciri-ciri jebon yang tidak disukai oleh parti ana adalah suka berterus terang dan tak pandai berbohong seperti sebahagian ulama parti ana. Sebagai contoh jebon bernama Mujahid. Dia lebih rela diri dia dikeji dan dimaki dari dia berbohong tentang kedudukan Tabung Haji.
Kalau Mujahid nak popular dari segi politik, dia kena belajar teknik berbohong seperti pemimpin parti ana. Biar Tabung Haji ranap janji pemimpin politik nampak hebat. Tapi Mujahid pilih sebaliknya. Sebab tu dia dinamakan sebagai spesis jebon dan tidak layak bersama parti ana.
Kisah sedih tabung haji tahun ini 
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Satu tulisan yang bagi ana cukup baik. Kisah sedih tabung haji tahun ini adalah juga cerita sedih silam Bank Islam suatu masa dahulu. Kini bank Islam berdiri gagah. Siapa arkiteknya? Arkitek yang sama sedang menangani masalah Tabung Haji sekarang..
———————————————————————
Siapa yang ikuti laporan kewangan untuk tahun ini, banyak syarikat di senarai awam, agensi hatta GLC kerajaan termasuk Khazanah mencatatkan prestasi kewangan yang lemah dan mengalami kerugian...
Dalam banyak-banyak GLC dan Syarikat di senarai awam, hanya satu Syarikat perbankan yang mencatatkan keuntungan melebihi RM 1 billlion buat kali pertama bagi tahun kewangan 2018, malah telah mencatatkan keuntungan paling tinggi dalam sejarah penubuhan, nak tahu Syarikat apa? Iaitu BIMB (Bank Islam)...
Tahun kewangan yang lepas Bank Islam mencatat keuntungan lebih RM 700 juta dan pendapatan dividen 37 sen sesaham, manakala, tahun ini 2019 diumumkan keuntungan RM 1.07 billion bersamaan dividen 40 sen sesaham...
Mungkin ramai tidak mengenali siapa arkitek di sebalik prestasi kewangan dan pemulihan Bank Islam... Siapakah dia? Dia adalah Datuk Seri Zukri Samat yang hari ini dilantik sebagai CEO Tabung Haji... Bayangkan Tabung Haji ada kepentingan dalam Bank Islam, tetapi prestasinya berbeza...
Siapa yang ikuti sejarah Bank Islam... Mungkin ramai yang pasti terkejut dengan prestasi Bank Islam, pada tahun 2005 dan 2006... Bank Islam telah mencatatkan kerugian terkumpul lebih RM 1.8 billion... pada tahun 2005 sebanyak RM 500 juta manakala pada tahun 2006 sahaja Bank Islam kerugian RM 1.3 billion... Bank Islam boleh dikatakan hampir muflis atau berkubur seperti Bank Bumiputera...
Ketika itu ramai dari pendeposit... Pelabur yang lari dari Bank Islam... Dan ketika itu lah datangnya Datuk Seri Zukri Samat memperkenalkan pelan pemulihan Bank Islam... Dia dilantik CEO Bank Islam... Ketika Itu Bank Islam dibebani dengan masalah hutang tidak berbayar NPL...
DS Zukri ini ada pengalaman memulihkan syarikat bermasalah, kerana dia datang dari Syarikat Danaharta yang hari ini dikenali sebagai Prokhas yang diletakkan di bawah MoF... Kejayaan Danaharta dahulu memulihkan aset dan Syarikat bermasalah mendapat pujian Bank Dunia... Dan wakil Bank Dunia sendiri tidak mempercayai model pemulihan itu diterajui oleh anak Melayu Muslim... Orang Malaysia...
Jadi tidak hairan lah aset-aset, dan semua instrumen kewangan Tabung Haji yang bermasalah hari ini diletakkan di bawah SPV... Sememangnya itulah kepakaran dan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini... Malah Pengarah dan CEO dalam Prokhas itu sendiri mereka pernah bersama dalam Danaharta...
Siapa yang memahami sejarah bagaimana Bank Islam dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah Bank Islam... Mereka pasti yakin dengan prestasi kewangan Tabung Haji... Hari ini mereka boleh gelak, ketawa dan sinis bila CEO Tabung yang sama mengumumkan dividen hanya 1.25%, iaitu dividen terendah dalam sejarah Tabung Haji...
Dan aku yakin... Masalah Tabung Haji tidak lah sebesar Bank Islam.. Kalau lah Tabung Haji ini sebuah Syarikat disenarai awam... Dah lama aku menambah pelaburan dan saham Tabung Haji di Bursa Saham...
Dengan latar belakang CEO Tabung Haji hari ini dan sejarahnya memulihkan Bank Islam... Tidak mustahil suatu hari nanti, Tabung Haji pula akan mencatat keuntungan dan dividen (Hibah) tertinggi dalam sejarah...
Hari ini biarlah mereka gelak sepuas-puasnya dengan kebangangan yang tiada bertepi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena