Sunday 11 June 2017

[Video MEMALUKAN (Melayu/Islam?) 'Imam' Halang Agihan Kurma PH di Kluang] Muhyiddin kecewa MP Kluang dihalau dari bazar Ramadan.

Ahad, 11 Jun 2017


Muhyiddin kecewa MP Kluang dihalau dari bazar Ramadan

 | MALAYSIA DATELINE
Lelaki mengaku imam
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap insiden ahli Parlimen Kluang dari DAP dihalau dari bazar Ramadan di Kluang petang semalam.
Beliau berkata, walaupun Liew Chin Tong bukan beragaman Islam, beliau tidak sepatutnya dihalang daripada mengedarkan buah kurma kepada umat Islam yang mengunjungi bazar itu apatah lagi dimarahi dengan kata-kata kesat.
Muhyiddin Yassin"Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang ahli parlimen yang mana menjadi tanggungjawab beliau untuk mendekati masyarakat di kawasannya tanpa mengira kaum dan agama.
"Malah, setiap orang yang beragama Islam sepatutnya menampilkan akhlak Islam yang sebenar. Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak kasar kepada sesiapapun. Malah, Islam menuntut umatnya supaya bersikap rahmah atau mengasihi sesiapa sahaja," katanya.
Dalam kejadian petang semalam, sewaktu Pakatan Harapan Kluang dihalau dan dimaki hamun oleh sekumpulan pemuda ketika tiba di bahagian gerai menjual pakaian sehingga menimbulkan kekecohan.
Chin Tong  juga dikasari sehingga cermin matanya tercampak.
Ekoran itu satu laporan polis dibuat berhubung insiden itu di ibu pejabat polis (IPD) Kluang malam tadi.
Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh turut berkata, dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, penting untuk masyarakat memupuk semangat perpaduan dan saling menghormati antara sesama insan walaupun berbeza kaum, agama dan fahaman politik.
"Menghormati sesama manusia adalah tuntutan Islam yang utama dan sebagai umat Islam sewajarnyalah kita mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
"Saya berdoa mudah-mudahan kita beroleh rahmah dan maghfirah Allah di bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena