Saturday 17 June 2017

[Video Tabung 1MDB & 3.6 BILLION Untuk Pesta BOGEL dan Filem Lucah 2] Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi?

Sabtu, 17 Jun 2017


1MDB: Parti pembangkang sokong tindakan DoJ

 | June 16, 2017
Wong Chen menyifatkan tindakan DoJ menunjukkan AS tidak boleh dipengaruhi dan berharap mereka akan terus bertindak secara profesional walaupun Malaysia langsung tidak mempedulikan isu 1MDB.
salahuddin-ayub
PETALING JAYA: Pembangkang menyokong dan menyifatkan tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan untuk merampas aset dikaitkan dengan penyalahgunaan dana 1MDB sebagai wajar.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berlaku di Amerika Syarikat dan tindakan DoJ selaras perlembagaan negara itu demi keadilan dan melindungi kepentingan kepentingan umum.
“Ia di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat, maka untuk kepentingan umum, sepatutnya perkara itu dilakukan bila Malaysia mengambil sikap buat tak tahu,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
DoJ dalam saman sivil terbaru lebih 200 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di California pada Khamis, mahu menyita pelbagai aset dan hartanah mewah, dalam usaha mendapatkan kembali AS$540 juta wang yang dikaitkan dengan dana dicuri daripada 1MDB.
Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan hasil hak cipta 2 filem komedi Hollywood, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s Home” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza Aziz.
DoJ dalam siasatannya turut mendapati kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
FMT.

Selepas 24 jam heboh DoJ-1MDB, pimpinan PAS tiada reaksi

 | June 17, 2017
Pemimpin PAS rata-rata tidak mengeluarkan kenyataan dan tidak menjawab permintaan untuk mengulas perkembangan terkini melibatkan 1MDB.



1mdb-pas
PETALING JAYA: Sudah lebih 24 jam dokumen terbaharu difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menjadi perbualan hangat di kedua-dua belah garisan politik, tetapi tidak satu pun pimpinan kanan PAS mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Setakat 12.00 tengah malam tadi, tinjauan di beberapa laman rasmi PAS termasuk lidah rasminya Harakah Daily, serta beberapa laman Facebook rasmi milik parti dan pemimpinnya, mendapati isu permohonan terkini DoJ pada Khamis untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) kerana dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB, tidak disentuh langsung.
Paling hampir ialah kenyataan Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang disiarkan Harakah Daily. Walaupun cuma menyebut sepintas lalu tentang kemarahan pengundi terhadap “GST, 1MDB dan kenaikan harga barang boleh disejukkan dengan BR1M”, ia tidak merujuk secara langsung langkah terbaru DoJ yang dialu-alukan pembangkang dan dikritik pemimpin kerajaan.
‘Belum baca’
Sementara itu, percubaan FMT untuk mendapatkan komen daripada beberapa pemimpin PAS juga tidak berjaya.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan ketika dihubungi berkata beliau sedang menghadiri program dan tidak membalas pertanyaan menerusi whatsapp.
Malah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengakui belum membaca dokumen tersebut, dan mahu menelitinya terlebih dahulu.
Begitu juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.
“Nanti saya semak berita, terima kasih,” kata Khairuddin menerusi Whatsapp.
Awal semalam, DOJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
PAS tidak sertai protes
Identiti MO1 tidak dinamakan secara rasmi, walaupun sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mengakui ia merujuk perdana menteri.
Pelbagai dakwaan dalam dokumen itu mencetuskan reaksi pemimpin pembangkang dari PKR, DAP, Amanah dan PPBM.
Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat diadakan segera kerana isu itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu, di mana pihak berkuasa AS membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Sejak itu, pembangkang menuntut siasatan dibuka semula, sementara beberapa protes diadakan menuntut Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, termasuk pada protes anjuran Bersih 2.0 November lalu yang tidak disertai PAS.
Ahli Parlimen PAS juga enggan turut serta dengan wakil rakyat pembangkang lain ketika mereka bertindak keluar Dewan Rakyat sambil memegang sepanduk “Siapa MO1?”.

FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena