Wednesday 21 June 2017

[Video DOJ jawab kenyataan Rahman Dahlan] Mahkamah arah k’jaan, Shafee jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ Anwar

Rabu, 21 Jun 2017



Mahkamah arah k’jaan, Shafee jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ Anwar

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.
Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.
Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.
Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.
Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.
Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melaui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.
Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata, bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkann

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena