Friday 9 June 2017

[Video Bapa Saudara Agong Seru Rakyat Kelantan Sokong AMANAH] Rakyat akan jatuhkan Pas Kelantan, bukan Amanah - Husam

Sabtu, 10 Jun 2017

Rakyat akan jatuhkan Pas Kelantan, bukan Amanah - Husam

Rakyat Kelantan sudah cukup hujah untuk menjatuhkan Pas dalam pilihan raya akan datang dan Amanah hanyalah berusaha mengganti bagi meneruskan pentadbiran Islam yang diasaskan oleh almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu.
Naib presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya beliau mendapat dana dari seorang Cina untuk menjatuhkan Pas Kelantan.
"Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wan Zawawi W Ismail telah memfitnah saya dalam status yang dimuatkannya.

"Ini satu fitnah dan saya sedang menyiasat akaun sebenar pemilik fb ini walaupun ramai memberitahu akaun ini milik ketua eksekutif PKINK, Datuk Wan Zawawi." katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru, Salor, semalam.

Menurut Husam, pelbagai tindakan yang dilakukan kerajaan Pas sekarang sudah cukup untuk ditolak rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Pengendalian pembangunan dibuat dengan cara merugikan rakyat dan begitu menyebelahi pihak pemaju.

"Di Lembah Sireh perjanjian untuk kemudahan rakyat dilupuskan begitu saja.

"Di Kampung Laut, rakyat tidak dirundingi dahulu sebelum tanah mereka diambil.

"Kini di Lembah Binjai pula kerajaan terang-terang menipu apabila memberitahu tuan-tuan tanah telah bersetuju tanah mereka diambil sedangkan sebenarnya mereka tidak pun diberitahu di peringkat awal," katanya.
Kerajaan juga katanya gagal merancang untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar.
"Pengurusan sampah begitu teruk dan keluhan orang ramai tidak dipeduli malah diancam kononnya mereka yang mempersoalkan hal sampah akan masuk neraka.
"Orang Asli dilayan dengan buruk semata-mata cuba mempertahankan hutan sekitar mereka dan air sungai yang bersih untuk meneruskan kehidupan.
"Pemerintahan yang jadikan rakyat musuh seperti ini tentu akan jatuh dan jangan salahkan parti seperti Amanah.
"Sebagai parti Islam Amanah memikul tanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Islam berdsarkan al-Quran dan memihak kehendak rakyat terus kekal di negeri ini selepas pilihan raya nanti," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena