Sunday 25 June 2017

[Video PARODY Huru Hara Raya & Aksi Tun M, isteri nyanyi lagu 'Perjuangan Kita'] Bank Negara digesa dedah kesalahan babitkan kes 1MDB.

Ahad, 25 Jun 2017

Bank Negara digesa dedah kesalahan babitkan kes 1MDB

 | June 25, 2017
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, orang awam juga berhak untuk mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada entiti-entiti terbabit didenda.



charles-santiago-bnm-1mdb-3
PETALING JAYA: Seorang penggubal undang-undang DAP menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan peruntukan perundangan dilanggar pihak-pihak dan institusi kewangan yang pernah didenda berhubung kes 1MDB.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, orang awam juga berhak untuk mengetahui sebab-sebab yang membawa kepada entiti-entiti terbabit didenda.
Beliau berkata, pengakuan bekas gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bahawa denda yang dikenakan “mungkin tertinggi dalam sejarah” adalah sesuatu yang mencetuskan tanda tanya.
“Ia melibatkan dana awam. Orang ramai perlu tahu jenis peraturan dan undang-undang yang telah dilanggar.
“Sudah tentu ada pelanggaran serius sehingga membawa kepada BNM untuk mengenakan denda tertinggi,” katanya kepada FMT.
“Jelas sekali mereka didenda kerana peraturan dan undang-undang tidak dipatuhi. Jika tidak, tiada siapa yang akan didenda,” kata beliau.
Pada masa yang sama, Santiago menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam agar menyiasat perkara itu.
Zeti dipetik sebagai berkata, BNM tiada kuasa mengambil tindakan lanjut, selain mendenda “badan dan institusi kewangan berkaitan” yang melanggar peraturan berkaitan kes 1MDB.
Kata beliau, mengendalikan kes 1MDB adalah tugas paling sukar ketika beliau mengetuai bank pusat itu.
“Walaupun pihak luar mempunyai jangkaan sangat tinggi terhadap Bank Negara, namun ia tiada kuasa untuk mendakwa.
“Bank Negara mempunyai undang-undang paling komprehensif, termasuk Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk melindungi integriti, kestabilan dan fungsi sistem kewangan sihat.
“Jadi, kami boleh keluarkan surat kompaun pentadbiran kepada badan dan institusi kewangan melanggar peraturan Bank Negara dalam kes 1MDB. Denda yang dikenakan itu mungkin yang tertinggi dalam sejarah,” katanya sambil menjelaskan keseluruhan perkara itu diselesaikan dengan bayaran denda.
Beliau berkata, objektif utama BNM dalam menangani kes 1MDB adalah memastikan integriti sistem kewangan negara.
Pada Mac 2016, BNM berkata, ia akan memulakan “langkah sewajarnya” terhadap kegagalan 1MDB mengemukakan bukti ia menggunakan AS$1.83 bilion untuk pengurusan dan penstrukturan semula hutang di luar negara. 1MDB pada mulanya menyatakan 2 sebab apabila ditanya kenapa wang yang dikirim ke luar negara itu tidak dikembalikan ke Malaysia.
BNM kemudian mendenda 1MDB pada 28 April 2016 dan memberi tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun itu. 1MDB membayar denda itu pada 25 Mei dan gabenor BNM baru, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, siasatan bank pusat ke atas 1MDB selesai.
Denda itu antara tindakan terakhir diambil Zeti sebelum beliau bersara pada 30 April 2016 dan digantikan timbalannya, Muhammad pada keesokannya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena