Wednesday 14 June 2017

[Video HARAPAN akan daftar dengan ROS sebelum raya] Pas perlu belajar urusan pentadbiran negeri, kata Guan Eng.

Rabu, 14 Jun 2017

Pas perlu belajar urusan pentadbiran negeri, kata Guan Eng

Pas perlu rasional apabila mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterejaui DAP, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau juga meminta Pas supaya belajar mengenai urusan pentadbiran kerajaan sebelum membuat sebarang kesimpulan dan dakwaan.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Ahmad Safuan Ujar yang mendakwa kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di Pulau Pinang adalah berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh DAP.
“Sekiranya ada pusat judi haram, hanya polis boleh mengambil tindakan.
“Saya telah sebutkan bahawa pihak Kerajaan Negeri sememangnya bersetuju untuk bekerjasama dengan memberi sokongan dan bantuan kepada polis menerusi Kerajaan Tempatan.
“Kalau sehingga sekarang pun masih tak faham, macam mana nak menjadi kerajaan pemerintah. Mungkin itulah sebabnya Kelantan sekarang adalah negeri muflis, kerana mereka (Pas) tidak tahu langsung tentang ekonomi dan juga urusan pemerintahan,” kata Setiausaha Agung DAP itu.
Guan Eng turut melahirkan rasa hairan terhadap Pas Pulau Pinang tidak pula mengkritik ‘cadangan’ ahli parlimen Umno Padang Besar untuk membina kasino di negeri itu.
“Mengapa mereka (Pas) tidak kritik Ahli Parlimen Padang Besar yang ‘mencadangkan’ untuk membina kasino dekat Pulau Pinang?
“Cadangan ini dibuat oleh seorang Ahli Parlimen Umno, tapi tidak pula dikutuk oleh pemimpin Pas, sebaliknya dia (Pas) pula cari isu yang bukan-bukan yang memang bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
“Kita (Kerajaan Negeri) sememangnya menolak keras pembinaan kasino di sini (Pulau Pinang),” katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena